Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan dan aku

Assalamualaikum wbt dan hi. 

Mungkin ini post terakhir sebelum kembali ke medan. 

Jujur.  Muhasabah ramadhan kali ini agak emosional. 

Dari awal ramadhan sehingga malam ini.  Malam terakhir insyAllah.

Air mata sering kali tumpah. 

Entah kenapa.  Sayu. 

Berita suka duka. 

Berita kematian usah dicerita.  Sering menjengah.

Umur makin meningkat dewasa. Mengingsafi amalan diri ini yang makin lanjut usia. 

Ada peperangan jiwa yang berjaya.  Ada yang tidak.  Hari-hari berperang dengan diri.  Selepas ini,  musuh kedua pula tiba.  Wahai diri,  semoga lebih kuat. 

Membuat keputusan tidak lagi sesenang dahulu.  Bukan lagi go with the flow bak kata mereka.  Sekarang,  perlu guna ilmu dan iman.  Berpaksikan Quran dan sunnah.  Ahh masakan mampu jika tiada input.  Sekadar takliq buta kata mereka.

Istikharah dan istisyarah. 

Ada keputusan yang agak berat untuk dibuat namun perlu. 

Ada keputusan yang agak dikesali tapi andai difikirkan kembali tiada penyesalan jika yang disandarkan itu kepada tuhan.

Yang membezakan niat dan amal.  Jangan cakap lebat tetapi dalam hati tidak sama dengan apa yang digambarkan. 

Semoga keputusan untuk terus berada di sini adalah terbaik untuk aku,  agama ku,  keluargaku dan bangsa ku.  Hanya kepada Mu,  aku bergantung harap kerana aku hamba yang buntu. 

Taqaballahu minna waminkum.  Semoga Allah terima amalan kamu dan kita. 

Eid mubarak. 

P/s baru terima peringatan kematian.  :(

Lot 2740
29 Ramadhan 1436H
2228

No comments:

FREE PALESTINE