Friday, February 12, 2010

khas untuk rakan-rakanku


salam, semua. berhenti berehat jap bersama blogger.com. hehehe.

post kali ini agak pendek.

-------------------------------------------------------------

dosa kepada Allah, minta taubat, boleh diampunkanNya

tapi dosa antara manusia, minta maaf, dan bergantung kepada orang itu.

maka, setiap kata-kata dan tingkah laku amat perlu diambil kira.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hati manusia yang terluka.

kadang kala diam itu lebih baik dari berkata-kata.

maka berkatalah hanya ketika perlu.

andai ada kata yang menusuk kalbu, ada hati yang terluka, dan parut tetap tinggal parut

berhati-hatilah ketika berkata-kata.

--------------------------------------------------------------------------

oleh itu, saya menyusun sepuluh jari ingin memohon maaf kepada anda, anda dan anda
andai ada kata-kata, tingkah laku, dan perkara yang menyakiti hati anda.
maaf, ikhlas dari saya.

dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata
dalam gurau senda, ada khilaf dan dosa.
harap dimaafi segalanya,
sesungguhnya aku manusia biasa yang selalu keliru dengan diri sendiri
dan sering melakukan kesilapan
semoga tiada dendam disimpan dalam hati
ukhuwahfillah abadan abada
ana uhibbukumfillah.

dear friends, please accept my apolgy.
i'm trully sorry from deep inside my heart.
i never mean to hurt you guys.

tlng bimbing aku pabila aku sesat, pabila aku bersalah.
bawalah aku ke jalan yang benar.





p/s adei, cam emo la pulak. tp seriusly, i'm very sorry.

pss peringatan buat diri n semua. dalam proses kurang bercakap perkara sia2, perlu bantuan anda semua. minta tlng ingatkan, ye.

Tuesday, January 19, 2010

Ujian itu.



gambar sekadar hiasan. credit to my lil bro.6 yrs ago.chumil sungguh. hehhe. =P


Salam semua. Tiba2 terasa ingin melukis sesuatu yang indah. Sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.

Argh, abaikan. Merepek. Jom refleks diri!
semalam, (cet. Cam diari la pulak.huhuh) paperpun, semua manusia akan diuji. Dia pernah berkata, adakah kamu berfikir kamu sudah beriman sedangkan kamu tidak diuji. So, ini ujian yang dihadapi oleh budak2 di ladang kelapa sawit. (tak semua. Beberapa orang la)




Temuduga. Orang kata penentu masa depan. Bila berfikir begitu, hati dia koyak r. Cuak la bai. Penentu masa depan kot. Kne dpt gak offer ni, one n only kot. N da list goes on... hati penuh kegelisahan. Bila dah tak dapt jwb soklan interviewer dngn baek, koyak dier, pergh, tuhan jer yg tau. (maaf, post kali ni agak tidak formal. Penuh dngn kata-kata pasar. Huhuh) bler dah koyak, aper lgk, mmg bacer buku tak masok otak arr. Pahtuh lak ader klas bisnes. Lgk la sakit. Aduh2. Dah ler exm final lagk 3 bulan lbh. Sakit2. Ngadu la si dia ni kat kawan2, mak, kakak, abg, etc, kesimpulanya satu dunia r tahu kesah si budak ni. Kekoyakkan yang melanda. Si dia ni pun pi ler ngadu ngn sy,


“wey **, camner ni, koyak doh. It is not up to my standard. I did it badly. N bla bla bla” dengar la sy dengan penuh tekunnya. Tp hakikatnyer hati sy pon cuak bai. Kawan dan juga untuk diri ini. Ini jawapan saya untuk anda dan untuk saya juga.

Yesterday is a history, tomorrow is a mystery and thats why today is a present.
Appreciate each moment that u have cause u never know what will be happen in the
next few second till the end of your life.


Ptg semalam pi jogging, (aiseh, cam journal la pulak) lepas makan, pi la layan blues jap kat bukit belakng blok. Pergh. Aman2. Duk la situ sorang2. Tgk awan, tgk pokok, tgk rumput, tgk kelapa sawit, tgk langit, etc. Dngr lak lagu open your eyes n insha Allah, bertambah la berketar perasaan tuh. Duduk dan berfikir apa yang berlaku.


Kamu, sudah buat yang terbaik. Apa yang berlaku dah lepas. Dia tak penah tinggalkan kamu. Tidak pernah lupakan kamu. Tp kamu jer yang selalu lupakan dia. Yang sudah lepas itu biarlah ia berlalu.dan syukur la kamu berpeluang mendapat peluang itu. Syukur padaNya. Dia yang memberi itu berlaku. Sekarang, serahkan padaNya. Bila orang tanyer, jawab saja insyaAllah dapat. Kerana sesungguhnya kata-kata adalah doa. Dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Ingat, KITA TIDAK TAHU APA YANG AKAN BERLAKU. TAK TAHU!!!! Kalau ikut sunahtullah, sesiapa yang berusaha, akan berjaya. Tp klu Dia kata “kun fayakun” apa-apa benda yang mustahil pon blh berlaku. So, yang utama adalah tawakal padaNya. insyAllah kamu akan berjaya. Serahkan padaNya. Yakin la padaNYa. Walau diri terasa tidak dapat lakukan yang terbaik, tetapi persoalannya, sejauh manakah anda tahu bahawa anda tidak dapt menjawab dengan baik kerana perkara itu cukup subjektif, bg anda mungkin tak elok, pandangan orang lain, interviewer?? Siapa tahu?? Dia jer yang tahu dan Dia jer yang memberi izin untuk berlaku, jadi, berserah la padaNya. insyaAllah pandangan mereka terhadap anda adalah yang terbaik. Dan Dia Maha Kuasa dan Maha Besar.
ini pula msg dari seorang sahabat di awl pagi. touching2. thanks, fren. it means a lot.

_ _ , jika sesuatu saat fikiranmu diliputi ketakutakn, jiwamu dihantui
keresahan, hatimu dibayangi kesedihan, atau dirimu ditimpa kesusahan, maka jangan sesekali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah SWT telah mempersiapkan disebaliknya kebaikan n nikmat yang bnyk buatmu. biar yang lepas itu pergi dengan kesyukuran dan berdoalah untuk yang akan datang dengan kepercayaan.

Jadi, rakan-rakanku yang sibuk bertanya tentang empunya blog ni pasal interview, ini jawapan saya.
“ insyaAllah akan dapat.(dengan izinNya dan andai itu yang terbaik untuk ku yang telah ditetapkan olehNya.) Dan Alhamdulillah sudah selamt interview tadi dan dapat menjawab soalan itu dengan baik” ^_^ dan terima kasih kepada yang mendoakan dan yang risau akan diri ini. Semoga Allah merahmati kalian. sayang anda semua! 3>


p/s maaf, banyak menggunakan kata-kata yang agak kasar dan pasar. Adei. Untuk kali ni jer kot. Heheh.

p.s.s. maaf agak emo akhir-akhir ini. Hidup tidak keruan.banyak perkara di benak fikiran. Bukan niat ingin menyakiti mana-mana pihak tetapi harap tindakan itu adalah tindakan yang terbaik untuk mengelakkan dari lebih parah. maaf. T_T

Friday, December 18, 2009

kamu adalah kamu



salam, semua.

lama meninggalkan blog ini bersawang. masih adakah yang sudi membaca?? huhu. almaklum blog ini hanya sekadar mengisi ruang yang kosong. dari tidur memanjang, ada juga faedahnya menulis di sini. bak kate orang "generate otak skit" heheh. asyik di selimuti nafsu tidur.. baik juga berfikir.

baik! dari duduk membebel. jom buka topik! sudah lama memikirkannya, tidak kesampaian mahu kongsi dengan semua. pernah berbincang dengan beberapa kawan, ada yang kurang berstuju dengan pendapat ini. apa pula pendapat anda?

kisah 1

seorang sahabat datang, lalu berkata; " wey, ader org kater aku ni garang tp ........ camner tuh?? aku kner wut aper doh??" aku diam dan tersenyum.

kisah 2

sedang berchatting dengan rakan lama, tiba seorang sahabat mengadu, " **, tul ker aku ni tak cukup sopan santun?? tp aku baik kan, **? " aku menjawab, " ye, kawan. kamu sngt baik"

kisah 3

kali ini, junior pula menghntr msg, " akak, sy ni otai. Camner nk dakwah klu camni. kang nnt org kate saya bw ajaran sesat lak". aku senyum lagi.

kisah 4

adik sendirik. di library, "sis, concious arr. ppl keep on staring, tau la tinggi, jngn arr tgk camtuh. seriously, tak sker. n bla bla bla." (conversation tak henti sampailah ke masjid) bro, i feel da same thing, so chill2. we r in da same boat.

oleh itu, apa pandangan anda? salahkah menjadi seorang yang garang?? salahkah seorang gadis menjadi otai??? salahkah seseorang itu tinggi?

---------------------ini pendapat saya, mungkin berbeza dari anda-------------------------

ringkas. tidak salah menjadi seorang yang garang asalkan tidak memecahbelahkan ummat, tidak salah menjadi seorang yang otai selagi mana tidak menyerupai lelaki, dan tidak salah menjadi seorang yang tinggi kerana itu kurniaan tuhan.

jom lihat sejarah nabi dan para sahabat. 4 orang sahabat yang mempunyai perangai yang berbeza. khalifah umar terkenal dengan kegarangannya, khalifah abu bakar dengan budi bahasanya, khalifah othman dengan sifat pemalunya dan khalifah ali, pula dengan sikap rajin mencari ilmu. walau berbeza, tetap sahabat nabi, tetap dakwah berjalan.

analoginya cukup mudah, tidak bosan kah dunia ini andai semuanya mempunyai perangai yang sama? tidakkah seperti robot atau patung yang dikawal manusia? di'set'kan sama sahaja. jika angguk, bermaksud "ya". tidakkah bosan sebegitu??

cantiknya ciptaan Ilahi. berbagai ragam manusia. tidak semestinya anda harus berubah menjadi seperti orang lain kerana anda sendiri mempunyai keunikan tersendiri yang tiada pada orang lain. kita berbeza pendapat, perangai namun fitrahnya semuanya sama, mencari keredhaanNya. nasihat saya, haruslah berhijrah kepada yang lebih baik, [sempena tahun baru ni. ^_^] namun, andai sikap dan perangai anda tidak menyalahi syarak dan tidak bertentangan dengan agama dan tidak menimbulkan fitnah, apa salahnya kekal dengan sikap itu, yang penting buangkan jahiliyah, tambahkan tarbiyah.

so,wahai sahabat, kawan, junior, adik, just be yourselves! [selagi tidak salah] ^_^

lastly, sayonara jahiliyiah! [perlukan bantuan anda. tlng saya yer. kerja ini bukan kerja mudah]
salam maal hijrah. setahun sudah berlalu, selangkah ke arah kematiaan. hijrah Rasulullah untuk menyebarkan dakwah. hijrah kita hijrah rohani, hijrah emosi,. namun tujuannya sama. untuk mendapat keredhaanNya.






p/s sifat ego camner pulak?? =)

FREE PALESTINE