Monday, December 22, 2008

anda seorang yg 'skema' atau beretika??



salam semua. isu kali ni. etika @ skema. memandangkan isu ini lebih jelas jika dibicarakan dalam bahasa ibunda. maka, sy lebih suka untuk mengemukakan pandangan sy dalam bahasa Malaysia secara ringkas dan padat yang mungkin.

pernah anda berfikir soalan2 sebegini :
adakah sy seorang yg 'skema'??
adakah sy terlalu mengikut preaturan??
apa kata rakan sy tentang sy??

skema ni bagus ke tak??


pernah anda mendengar org sekeliling anda berkata begini:
ko ni skema arr. lek2 sudeyh.
asl ko ikut peraturan sngt ni.
x bes arr ko ni. skema sangat.


huhuhu. macam mana ek nk cakap. apa beza skema dan beretika?? apa persamaan skema dan beretika?? ini kata2 sy. apapun pandangan anda, begitulah manusia. lain manusia. lain jawapannya. (melainkan yang suka meniru la.hehhe)


KATA-KATA SAYA

Skema dan etika ek?? bg sy dua2 nya adalah sama jer (dalam kebanyakan situasi). yg membezakan adalah penggunaan perkataan tersebut. perkataan skema lebih menjurus kpd negatif dan perkataan etika, positif.

jika seseorang itu mengikut peraturan yg telah ditetapkan (selagi mana relevan) dan dia dikatakan sbg seorang yg skema, itu mampu melemahkan smngt seseorang. berbanding jika dikatakan sbg seorang yg beretika.

kebanyakkan peraturan yg dicipta manusia, ada sebabnya dan untuk kepentingan dan keharmonian sejagat. namun, jgn diterima semuanya. bahaya.kenapa? fikir.

bersifat beretika merupakan satu tindakan yang dipandang tinggi oleh golongan dewasa. lebih2 lg golongan profesional. contohnya, doktor yg beretika cukup dihormati dan disanjung oleh pesakit2 mahupun masyarakat sekeliling.

kenapa bukan pelajar yang beretika??

namun, remaja@pelajar kini tidak gemar menggunakan perkataan ini. mengapa yer?? ntah. sy pon kurang pasti. mungkin nampak terlalu gah kot. atau perkataan itu tidak bersifat 'keremajaan'. akhirnya, mereka memilih perkataan skema.

hal ini sama juga dngn perkataan degil atau berpendirian. bergantung kpd individu dalam menilai seseorang .seorang yg optimis @ pesimis. hurm, tetapi dalam islam. kita digalakkan bersangka baik.




salahkah menjadi seorang yg skema ni?? bagus ker??

bagi sy la, x salah dan bagus untuk diamalkan. mmg akan ada org diluar sana yg mmndng anda pelik. namun, dah mmg anda seorg yg jenis suka ikut peraturan (asal tidak bertentangan dng agama), apa salahnya. teruskanlah..tidak salah dan tidak berdosa asalkan tak sesat. lagipun, islam menyuruh hambanya bersikap adil.

aik, apa kena mengena ngn adil lak ni..huhu. camner ek nk bagitau. hurm. tau maksud adil?? meletakkan sesuatu pd tempatnya. itu lah adil. lebih kurang sama jer mcm skema dan etika. bezanya, perkataan adil ni lebih disignifikasikan dalam masyarakat melayu dngn membuat keputusan dan hal2 agama. huhu.

adil ni luas!! bkn dalam hal2 tuh jer. bnyk lagk.lam penulisan,lam kata2. kita kner bertindak adil sepanjang masa bkn kadang-kadang.oleh itu, mengikut peraturan yang tidak bercanggah dngn agama juga merupakan salah satu tindakan yang adil.(nk tau lebih lanjut?? bkk buku handbook agama IB.tajuk ciri2 masyarakat Islam.rakan sekelasku, adakah engkau lupa??.heheh)

"wahai orang2 yg beriman! jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil.dan janganlah kebenciaanmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah maha teliti apa yg aku kerjakan" (almaidah, 5;8)


maka, buat sesiapa yg terkena oleh rakan2 sbg seorang yg skema. jgn risau!! anda bukan berseorangan dan apa yg anda lakukan itu tidak salah.(klu x sesat arr) teruskan,, asalkan jiwa anda tenang dan anda rasa apa yang anda lakukan itu betul.tetapkan pendirian!!
anda bukan seorang yg 'skema', tetapi seorang yang beretika.
anda bukan seorang yang degil, tetapi seorang yang tetap pendirian.
anda bukan seorang yang gagal, tetapi anda masih belum lagi berjaya.




p/s ingat! apa yang sy ungkapkan di atas berkenaan mengikut preaturan dunia yg masih lagk relevan, tidak bercanggah dngn agama, dan bersesuaian dengan situasi. walaubagaimanapun, setiap peraturan yg manusia ciptakan, masih boleh diubahsuai mengikut keadaan sekeliling.

>different ppl, different view<

7 comments:

Anonymous said...

pandangan psikologikel yang menarik walau berbaur-baur TOK dari language point of view! :3

namun, manusia itu tidak perlu diberitahu untuk sentiasa optimis sekiranya dikatakan [diejek] skema oleh rakan-rakannya.

manusia itu tidak perlu menggantikan kata 'skema' dengan 'etika' agar tidak di-demotivated-kan dan di-downgradde-kan oleh ejekan sedemikian rupa.

apa yang perlu diubah ialah fikrah mereka. agar mereka sentiasa teguh dengan yang HAQ. maka dengan itu, aku pasti apa2 bentuk tohmahan yang dilontarkan pada seseorang kerana mengikut peraturan tidak akan sesekali terkesan! HAQQUL YAQIN!

[aku tidak pasti apa punca2 aku berbunga bahasa seperti ini..huh!]

:3

humaira said...

@ al-ikhsan

betul3. keyakinan itu yg utama.
iman.

namun, masalah yg dihadapi skrg ni, ramai yg mudah dipengaruhi.
disuap skit, dah bertukar pendirian.
kalau x pun, bila diejek sikit dah rasa "inferior".

masalah dalaman itulah yang kadang-kala mampu menyebabkan akidah seseorang itu terpesong.
serangan mental.

dulu, mereka serang fizikal, sekarang mental. bahaya.

huhuh,untuk diri sendiri juga. risau andai senang terjebak dan leka dngn keadaan sekeliling.atau mungkin terjerat dengan perangkap mereka.nau'zubillah.

Amin Rukaini Mustafa said...

wah, isu panas!

best2,


"weyh, skema tul ar budak tuh!"

ayat yg biasa terdengar di cuping2 telingaku..

haha, apakah skema sebenarnya, SCHEME????

ntahlah, bagiku skema penting gak untuk kecemerlangan, coz skema bereti mengikut landasan dan peraturan yg ditetapkan, so jgn jumudkan minda kita, be open-minded.. bak kata humaira, kena bersangka baik..

Akmal Hayat said...

Sorry because out of topic. I didnt find your chatbox outside..just a news..

We are having a medical camp at Cameron Highland in which you can claim your CAS HOURS TOO. Interested? Please visit my blog for further information.

http://sferalotus.blogspot.com/

Anonymous said...

salam dj! nice blog. shaye link anda ye?

btw regarding this post, i think skema is just a word that insecure teens use to classify their friends who are a bit prim and proper. takde masalahnya kalo nk skema or kalo tak nak skema, yg pntg, try to be the best person that you can be.

Hidayatullah said...

skema atau etika?
bg ak ar
skema nie bg laki..kite leh tgk dari pemakaian dia
2 bg ak ar
kalau nmpk pkai sluar smpai pusat 2..bg ak skema ar 2
ha3..
etika plak..ape yg ak nmpk dr perbuatan ar
maybe how they threat people 2..
2 la etika
how they talk.
how they walk.(dari ni pown ak leh nmpk org nie ada etique yg tggi ke x..ha3)


maen hentam saja la labu~~~

humaira said...

@amin rox

tul3.perlu tuk kecemerlangan.
bergntng bagaimana individu itu menguruskan hidupnya.
but dun wori amin, u are just another normal human being.bkn cam yg yard ckp.
"kalau nmpk pkai sluar smpai pusat 2"
hehehe.

@akmal hayat

i didn't use chatbox. but meebo room,
u can use dat to promote.
nway, thanks for the info!

@liyana

deejay radio kah?? huhuhu.
mau link?? siler2. anda juga sudah dilink.sori tak mintak permission.
nway, u r who u r. u are not other person.

@yard

definisi skema ni luas. bergantung pd individu. tp x elok sngt use dat word.
blh downgrade kan org laen.
mmg la kdng2 just for fun.
but sometimes ppl take it seriously.
well, we donow wut others think, rite.

FREE PALESTINE