Sunday, July 18, 2010

tiada lagi " aku dan dia"


salam. semua

hanya mahu berkongsi perasaan ini. mungkin boleh dijadikan sebagai peringatan dikala sibuk dengan kehidupan anda. pelbagai ragam dan cerita. namun, semuanya mempunyai fitrah yang sama.

ini cerita saya. walau masih dalam keadaan separa terkejut, separa sedih, aknku gagahi jua menaip post kali ini.

2 hari yang agak memenatkan. penat melayan perasaan. penat melayan emosi. penat melayan orang sekeliling. penat melakukan itu dan ini. namun, itulah hidup. teringat kata imam syafie,

" Berpenat lelahlah kerana Allah, sesungguhnya kesenangan itu selepas kepenatan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan "

- Imam Syafie -

PERJALANAN HARI ITU

bermula di hari Jumaat yang indah.seawal pagi pukul 7.

ke kuala terengganu. kata mummy dan papa, ada mesyuarat di sana. tugas ku menjaga si budak kecik itu di taman permainan dan taman membeli belah, mydin mall dikala mereka bermeeting.aku akur.

berjam-jam jualah daku di situ. sekejap masuk, sekejap keluar, sekejap pergi makan,sekejap pergi tandas. sampai org si promoter sempat menegur

"anak akak ek ni??" katanya sambil menunjuk ke arah si budak kenit itu, adei.
hanya senyuman mampu ku beri.

setelah sekian lama menunggu, mummy dan papa tiba, membeli sedikit keperluan rumah, bawang, ayam, etc2. lalu berangkat ke sekolah adik. kononnya, ingin melawat adik, dijadikan cerita, si adik ni pula ke maahad, ada program kata gurunya. sabar je la. tanpa sebarang berita darinya. kami redha dan berangkat pulang ke rumah. walau rumah di satu negeri yang sama, namun jaraknya 2 jam la jugak.

di kala kami berperang dengan air hujan yang turun dengan lebatnya, di satu tempat di atas bumi ciptaaan tuhan ini jugalah, ada insan yang sedang berperang dengan nyawa sendiri, sakaratul maut.

BERITA ITU.

alhamdulillah, masih dipanjangkan umur, kami tiba di rumah dengan seribu satu kepenatan.(sy pun penat juga,walau tak drive. hehe) belum sempat hilang penat dan lelah, menerima satu panggilan dari che cik (ibu saudara, kakak kepada ayah) menyampaikan satu berita yang mengejutkan.

"tok abah meninggal dunia petang tadi kat bangi"

terkedu. terkejut. itu perasaan saya, perasaan ayah ketika itu hanya tuhan yang tahu, kalut seisi rumah. menelefon ke sana sini, packing barang untuk pulang ke kampung, kata che cik, tok abah pesan untuk di'simpan' jenazahnya di sebelah kubur tok ma (meninggal dunia setahun lalu) iaitu di kota bharu.

memang tidak dapat digambarkan suasana itu. kalut. memang kalut. mungkin lebih dari itu.almaklum masih lagi dalam emosi tidak stabil. 2 hari yang lepas, papa menelefon tok abah, dengar kata jatuh dalam tandas. namun, tiada sebarang luka yang serius. sedikit lebam. selain dari itu, kesihatannya elok2 sahaja. segar kata uncle nan (pak cikku di KL)
akhirnya, saya menjadi operator. telefon adik beradik yang lain untuk sampaikan berita.

dipendekkan cerita, papa ke masjid yang berdekatan dengan rumah untuk solat maghrib dan isya. aku, mummy dan si budak kecil itu di rumah. setibanya kami di masjid untuk menjemput papa ke Kota Bharu, terdengar imam dan makmum sedang solat jenazah. siapa yang meninggal??? mencari kereta jenazah, tiada. sedikit keliru. namun, setelah terdengar papa membuat ucapan. hatiku sebak. mereka solat jenazah ghaib untuk tok abah. sedihnya. bukan mudah untuk menerima berita ini.

PENANTIAN

akhirnya kami tiba di rumah uncle uni, (abang kepada papa) di Kota Bharu,
rumah itu. sejuta nostalgia. sebelum uncle uni dan keluarga berpindah ke sana, rumah itulah kami sering bermain bergurau senda dengan tok abah dan tok ma. rumah itulah kami ziarah setiap hari jumaat sejak kecil, sebelum mereka berpindah ke rumah kami dan rumah ibu/bapa saudara yang lain.

mendapat berita jenazah akan tiba dengan MAS pada pukul 12 tengah malam nanti. (sedikit delay sebenarnya) masih lagi terkedu. masih lagi terkejut. disuruh tidur, mata tidak dapat lelap. walau tak makan lagi, namun perut tidak terasa lapar. ke hulur ke hilir. buka alqalam, membaca sedikit ayat cinta dariNya. lega sedikit, namun, penantian ini memang satu penyeksaan.

PENERIMAAN

jam 1 lebih, jenazah tiba. makin ramai yang datang menziarah. ibu/bapa saudara, keluarga terdekat sudah tiba. kotak jenazah yang dibalut khas oleh orang MAS dibuka. diangkatnya jenazah keluar, dan dibukanya kain yang menutup wajah arwah. ya Allah, hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutku.

ku lihat, ku tatap, masih kurang percaya. dihadapanku itu jasad datuk ku sendiri yang sudah tiada lagi rohnya.

makin lama, ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing. sedara mara yang jauh pulang untuk berehat. keluarga yang dekat masih segar, ku lihat wajah papa, sayunya, sedih. siapa tidak sedih setelah kehilangan seorang ayah?? baru setahun tok ma pergi, kini tok abah pula menyusul,

auntie ni ( ibu saudaraku yang menjaga tok abah) bercerita apa yang berlaku. sihat beberapa sebelum ini, namun, pada hari itu, tok abah dikatakan demam sedikit. dibawa ke hospital dengan kereta uncle nan, sebelum sempat tiba di hospital, arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan menantu. mungkin heart attack, kata papa.

ku tahu umurnya sudah 92 tahun, ku tahu masanya akan tiba. ku tahu setiap yang hidup akan pergi, ku tahu dia akan pergi selama-lamanya, ye aku tahu semua itu, tetapi hati ini........... hanya Alfatihah sebagai hadiahku buat mu, tok abah

MEMORI

jam 4 pagi, jenazah dimandikan. sempat ku terlelap di sisi budak kecik itu.
mummy kejutkan aku, mengajak aku melihat dan mencium arwah buat kali terakhir, ku turun dan lihat ramai saudara mara, sepupu dan anak-anak mereka sudah tiba, mengambil giliran mencium arwah.

kempunan mencium orang yang tersayang buat kali terakhir akhirnya tercapai jua. kepergiaan tok ma pada tahun lepas, sedikit terkilan, tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.aku masih di kolej, setelah tiba di kampung, sudah di kebumikan. kali ini, aku menatap lagi agar wajahnya tidak luput difikiranku. ku ciumnya tiga kali. sejuk. perasaan bercampur baur. oh, tenangnya wajahmu, tok abah,

adik dan kakak sekeluarga tiba dari kuala terengganu. Dia makbulkan doa ibu yang ingin bertemu anaknya. adik sempat mencium arwah. sempat kami berbual, melepas rindu. setelah dikafankan dan dibawa ke masjid untuk solat jenazah setelah solat subuh nanti, tiba sebuah lagi kereta. abang-abang dan kakak, rombongan dari KL.

DI KUBUR

hajat untuk dikuburkan disebelah kubur milik tok ma termakbul jua. dilihat wajah saudara mara, semua mengerti. berborak lagi dengan adik. bercerita kisah silam. kisah bersama tok abah, sayu. bukan mudah berjumpa dengan datuk yang begitu mengingati tiap-tiap cucunya yang sangat ramai.

"Jah, besar nanti jadi doktor kan. tgk tok abah tulis ni. DR. KHADIJAH. untuk siddiq pulak, PROF SIDDIQ."

.................................................................................
lami kami duduk di kubur.kemudian pulang ke rumah tok we dan tok che. menggantikan tidur semalam. habis satu rumah macam tongkang pecah. atas sofa pun jadilah. semalam, kakak di perantau menelefon, hari itu pula, abang di perantau.. sempat berwebcam. merindui kampung halaman.

oh, adakah aku mampu sekuat itu? tempatnya bukan dekat.berbatu batu jauhnya dari rumah,

malam itu, majlis tahlil di rumah uncle uni. alang-alang dah berada di kota bharu, kami tunggu sehingga malam di rumah tok che . lalu baru pulang ke terengganu.

HATI INI

akhirnya selamat tiba di rumah. semua sudah tidur. hanya tinggal aku dan mummy membersihkan sedikit rumah yang ditinggalkan tanpa dirancang. sempat berbual-bual.

"tok abah cakap nak duduk kat rumah kita selepas raya nanti"
"katanya nk raya di Kota Bharu"
" siddiq nangis. lama tak jumpa"
"jah jumpa pun dulu. kat rumah auntie ni. tapi dah lama la jugak. sempat ambik gambar"
"teringat time tok abah duk ngn kita dulu"
...............................................................

aku tidur malam itu dengan ingatan bersamanya.

kini aku sedar, tiada lagi, jah dan tok abah,

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

[7:34] Tiap-tiap umat mempunyai waktu ajalnya, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

untuk kawan-kawan

terima kasih, kalian, tiada kata selain semoga Allah merahmati mu.

"sesungguhnya setiap musibah yang berlaku adalah sebagai peringatian untuk esok. mudahan ia menjadi petunjuk supaya kita muhasabah dan terang akan jalan yang hak dan batil. sekembali mereka kepada Allah, sekembali kita pada hukumNya"

semoga roh arwah tok abah, Hussin Bin Taib ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


related post

Saturday, July 10, 2010

sabar je la



salam.
post kali ni pendek. tak banyak untuk dibicarakan. ringkas sahaja.

di kala menanti keputusan penuh peperiksaan 2 bulan yang lepas.
atau dengan erti kata yang lain keputusan TOK

"sabar"

mendengar tangisan budak kecil yang mampu memecahkan gegendang telinga, mungkin di skala 20,000Hz di tengah malam buta dan sedang daku diulai mimpi indah
[sungguh berbeza dikala menjaga kakak nya dahulu.huhu]

"sabar"

sedang mengusik si budak kenit dengan senyuman manja, tiba-tiba menangis tanpa henti dan dengan kotak fikiran penuh persoalan, apa salah aku??

"sabar"

terkejar-kejar ke sana ke mari menyelesaikan tanggungjawab dan urusan. dan kadang-kala terpaksa mengorbankan tidur yang sungguh enak

"sabar"

konflik dalaman

"sabar"

dipukul kanak-kanak itu

"sabar"

tempat tidur yang semakin sempit

"sabar"

dan seterusnya.............

itulah hidup. tanpa henti dengan ujian tak kesah kecil mahupun besar. tetap satu ujian hidup.
andai pandai mengawalnya, mampu membuatkan hidup anda ceria.
jika tidak, encik nervous breakdown akan menerjah diri anda.

hanya satu perkataan, mampu mengubah sekalanya.

SABAR


" Berpenat lelahlah kerana Allah, sesungguhnya kesenangan itu selepas kepenatan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan "

- Imam Syafie -


Monday, July 5, 2010

keputusan peperiksaan itu.


salam semua. baca sampai habis baru tahu perkaitannya.

teringat peristiwa itu.

anak saudara yang berumur 7 dan 5 tahun bertanya," che su dah kahwin ke belum??" "che su dah ada anak ke belum?" dan seterusnya. masakan seorang gadis berumur 20 tahun perlu menjelaskan satu persatu. adei. satu persoalan.

walaubagaimanapun, cuba banding kan situasi itu dengan situasi ini

dua orang gadis belasan tahun berbual sambil menjamu selera di kafetaria sekolah.
"ey, aku dngr cter ko kapel ngn mamat tuh, tul ke?"
"hehe"

bandingkan pula dengan situasi ini.
dua orang ibu bertemu di kenduri kahwin
"ey, anak awak dah kahwin dengan anak dato tuh??"
si ibu seorang lagi hanya mampu tersenyum

semua perbualan berkisar tentang perkara yang sama. isu yang sama cuma yang membezakan adalah watak dan umur setiap watak.

ini kata-kata saya, anda mungkin berbeza.

manusia mempunyai sifat ingin tahu tanpa mengira umur. dari bayi seawal keluar dari rahim ibu sehinggalah orang tua yang hampir ditelan usia. bagaimana seorang bayi mempunyai sifat ingin tahu?? masakan seorang bayi boleh berhenti menangis setelah merasa sentuhan ibu tanpa perasaan ingin tahu. dengan adanya perasaan ini, seorang bayi boleh mengenal dunia, mengenal manusia sekelilingnya, begitu juga dengan kita semua. kita mengetahui sesuatu dengan bertanya, dengan tingkah laku mungkin.

walaupun semua manusia mempunyai perasaan atau sifat ingin tahu, namun, niatnya untuk mengetahui sesuatu adalah berbeza. sama ada untuk kepentingan diri mahupun untuk kepentingan yang lain. maka, tindakan atau cara menyampai perasaan itu adalah berbeza.


Before thee, also, the messengers We sent were but men, to whom We granted inspiration: if ye realise this not, ask of those who possess the Message.(21;7)


malah, Dia sendiri menyuruh kita bertanya pada yang tahu apa yang tidak ketahui, maka jelaslah bahawa manusia mempunyai sifat itu, tetapi kadangkala menggunakan cara yang salah untuk mengetahui sesuatu perkara contohnya sanggup melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan jawapan. mungkin sanggup membunuh, mungkin juga sanggup menipu. apatah lagi menyakiti perasaan orang lain. ada juga yang bersikap terlalu bersikap bodoh sombong ( tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain;)

hebatnya perasaan ingin tahu, sehingga boleh memecahbelahkan ummat, pergaduhan dan macam-macam lagi.

ok dah. itu sifat manusia dan amat perlu difahami oleh semua orang.
saya akui, saya pun kadang-kadang mempunyai sifat yang ingin tahu yang melampau, adei, tapi setakat ini masih belum samapai tahap membunuh la. hehe.

maka sempena hari keramat iaitu 6 Julai 2010, saya mengharapkan kerjasama semua, anda anda dan anda itu tidak bertanya apa-apa soalan berkenaan keputusan peperiksaan. saya tahu anda mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi, hehe.

kenapa?? saya manusia privasi. ya la tuh. hehe. saya perlukan masa untuk menerima semua yang berlaku. tak kira baik atau tidak. 2 tahun hidup di sebuah kolej di tepi ladang kelapa sawit. dan saya masih hidup. satu sejarah agaknya. huhu.
tidak kisah apapun keputusannya, saya hanya berharap dan bergantung kepadaNya. itulah yang terbaik untuk saya, saya terima dengan hati yang terbuka. insyAllah. sesungguhnya saya percaya DIa bersama-sama saya.

dengan ini, saya mengumumkan bahawa saya perlukan masa bersendirian pada 06/07/10
terima kasih. hehe. (cam ape ntah)

p/s kata-kata seorang rakan. terima kasih kawan.

_ _ , jika sesuatu saat fikiranmu diliputi ketakutakn, jiwamu dihantui keresahan, hatimu dibayangi kesedihan, atau dirimu ditimpa kesusahan, maka jangan sesekali merasa putus asa kerana boleh jadi Allah SWT telah mempersiapkan disebaliknya kebaikan n nikmat yang bnyk buatmu. biar yang lepas itu pergi dengan kesyukuran dan berdoalah untuk yang akan datang dengan kepercayaan.
semoga berjaya semua. insyAllah we can make it. we have been go through a lot. just believe in Him.
"ya Allah, hanya kepada Mu kami berharap dan bergantung. berikanlah kami hidayah dan petunjuk"

wallahu'alam.
FREE PALESTINE