Friday, December 18, 2009

kamu adalah kamu



salam, semua.

lama meninggalkan blog ini bersawang. masih adakah yang sudi membaca?? huhu. almaklum blog ini hanya sekadar mengisi ruang yang kosong. dari tidur memanjang, ada juga faedahnya menulis di sini. bak kate orang "generate otak skit" heheh. asyik di selimuti nafsu tidur.. baik juga berfikir.

baik! dari duduk membebel. jom buka topik! sudah lama memikirkannya, tidak kesampaian mahu kongsi dengan semua. pernah berbincang dengan beberapa kawan, ada yang kurang berstuju dengan pendapat ini. apa pula pendapat anda?

kisah 1

seorang sahabat datang, lalu berkata; " wey, ader org kater aku ni garang tp ........ camner tuh?? aku kner wut aper doh??" aku diam dan tersenyum.

kisah 2

sedang berchatting dengan rakan lama, tiba seorang sahabat mengadu, " **, tul ker aku ni tak cukup sopan santun?? tp aku baik kan, **? " aku menjawab, " ye, kawan. kamu sngt baik"

kisah 3

kali ini, junior pula menghntr msg, " akak, sy ni otai. Camner nk dakwah klu camni. kang nnt org kate saya bw ajaran sesat lak". aku senyum lagi.

kisah 4

adik sendirik. di library, "sis, concious arr. ppl keep on staring, tau la tinggi, jngn arr tgk camtuh. seriously, tak sker. n bla bla bla." (conversation tak henti sampailah ke masjid) bro, i feel da same thing, so chill2. we r in da same boat.

oleh itu, apa pandangan anda? salahkah menjadi seorang yang garang?? salahkah seorang gadis menjadi otai??? salahkah seseorang itu tinggi?

---------------------ini pendapat saya, mungkin berbeza dari anda-------------------------

ringkas. tidak salah menjadi seorang yang garang asalkan tidak memecahbelahkan ummat, tidak salah menjadi seorang yang otai selagi mana tidak menyerupai lelaki, dan tidak salah menjadi seorang yang tinggi kerana itu kurniaan tuhan.

jom lihat sejarah nabi dan para sahabat. 4 orang sahabat yang mempunyai perangai yang berbeza. khalifah umar terkenal dengan kegarangannya, khalifah abu bakar dengan budi bahasanya, khalifah othman dengan sifat pemalunya dan khalifah ali, pula dengan sikap rajin mencari ilmu. walau berbeza, tetap sahabat nabi, tetap dakwah berjalan.

analoginya cukup mudah, tidak bosan kah dunia ini andai semuanya mempunyai perangai yang sama? tidakkah seperti robot atau patung yang dikawal manusia? di'set'kan sama sahaja. jika angguk, bermaksud "ya". tidakkah bosan sebegitu??

cantiknya ciptaan Ilahi. berbagai ragam manusia. tidak semestinya anda harus berubah menjadi seperti orang lain kerana anda sendiri mempunyai keunikan tersendiri yang tiada pada orang lain. kita berbeza pendapat, perangai namun fitrahnya semuanya sama, mencari keredhaanNya. nasihat saya, haruslah berhijrah kepada yang lebih baik, [sempena tahun baru ni. ^_^] namun, andai sikap dan perangai anda tidak menyalahi syarak dan tidak bertentangan dengan agama dan tidak menimbulkan fitnah, apa salahnya kekal dengan sikap itu, yang penting buangkan jahiliyah, tambahkan tarbiyah.

so,wahai sahabat, kawan, junior, adik, just be yourselves! [selagi tidak salah] ^_^

lastly, sayonara jahiliyiah! [perlukan bantuan anda. tlng saya yer. kerja ini bukan kerja mudah]
salam maal hijrah. setahun sudah berlalu, selangkah ke arah kematiaan. hijrah Rasulullah untuk menyebarkan dakwah. hijrah kita hijrah rohani, hijrah emosi,. namun tujuannya sama. untuk mendapat keredhaanNya.






p/s sifat ego camner pulak?? =)

Sunday, September 20, 2009

ia sudah berlalu.dan dia pula datang.




salam semua.

pukul 1.00 pagi, ahad,di rumah dengan ditemani bunyi mercun yang tak reti nk berhenti.

sayu. ntah mengapa. adakah kerana ia telah pergi? atau kerana beraya tanpa kakak di sisi. ngeh2.
(maaf, saya mmg tak tau nk serius)

besok raya.silap2. arini raya. semalam puasa.
______________________________________________________________

ye, hati saya sungguh sayu. satu madrasah tarbiyah telah tamat.
dan kata-kata itu terngian-ngian di fikiran. sedih.
sudah cukup tabiyahkah aku?
sudah taqwakah aku?
hatiku bagaimana?
masih adakah ia pada tahun hadapan?

ini refleksi ramdhanku tahun ini. agak berbeza dari tahun sebelumnya.

  • 1 ramadhan 1430H
- berpuasa di kolej
- ujian IELTS
- rakan2 ramai dah balik
  • minggu pertama
- puasa di rumah (assignment macam biasa, tak penah tiada)
  • minggu kedua
- kembali ke kolej
- bermulalah malam tanpa tidur kerana math ia (ditangguh pula datelinenyer)
-keputusan placement sudah keluar. Alhamdulillah, aku redha dengan ketentuanMu
-keputusan mock interview dari MABECS juga turut diketahui, seseungguhnya semuanya adalah dariNYa. special thanks to Mummy,Papa, Sis Dati, Bro Muhammad, Kak Huda, n semua yang terlibat.
-dan keputusan IELTS pun telah diterima. syukur kepadaNya.
-academic day, kata2 dari guru menjadi perangsang(maaf,kami masih budak sekolah! guru bukan lectures yer.)
- hujung minggu, berbuka puasa bersama-sama doktor2/konsultan/specialist/sang murobbi/daie2 di Pusat Bersalin Barakah, Klang, -pengalaman berharga, huhu
-bertemu mereka!
-berbuka puasa bersama rakan sekelas di luar, + konflik dalaman. huk2.
  • minggu ketiga
-sekali lagi malam tanpa tidur untuk math ia
-businees IA, wolrd lit, dipulangkan kembali, dan bermulalah misi membaikpulih
-majlis berbuka puasa besar-besaran
  • minggu keempat
-kehilangan cermin mata + hp
-berpuasa di rumah
-assingment macam biasa
  • 29 ramadhan 1430H
- sebelum asar, laptop tidak dapt dibuka a.k.a. crash!!
(dengan ini saya mengumumkan bahawa, saya tiada laptop untuk sebulan.)


tambahan.
-cuba bangun di tgh malam pada setiap malam, tp tidak berjaya hanya beberapa mlm jer.
(tiap2 malam tidur lambat, gara2 assignment) adei.
-konflik dalaman makin bertambah saban hari. muhasabah diri. saya manusia.
-hati.

secara keseluruhan, masa banyak ditumpukan kepada tanggungjawab seorang pelajar.
namun, jika difikirkan kembali. Islam is the way of life. belajar itu juga sebahagian daripada suruhan agama. semuanya adalah keranaNya. jangan sekularkan fikiran!!





semoga amalan yang dilakukan di bulan itu akan terus dilakukan di bulan2 yang lain juga.

p/s banyak juga masa diluangkan untuk berfikir.

DIA DATANG.

ye, dia datang. syawal sudah menjelma.
saban tahun, perasaan untuk menyambutnya sering berbeza.

walau apapun, di kesempatan ini, ingin saya ucapkan

selamat hari raya aidilfitri 1430H
eid mubarak.
taqabalallahuminnawaminkum.
semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu.





maaf dipinta andai penah kasar bahasa sepanjang penulisan ini atau realitinya, andai ada yang terguris hati, salah kata, atau sebarang perkara yang tidak menyenangkan anda. maaf.
sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa, seorang hambaNya yang hina dan lemah dan sering melakukan kesilapan. maaf ikhlas dari hati. mohon diampunkan.





buat kakak ku, walau raya kita berjauhan, namun, di hati sentiasa dekat.
salam aidilifitri dari kami di Malaysia.dun huk2, ek. hahah.

p/s first time post sesuatu yang agak personal.huhuhu,

Wednesday, September 16, 2009

a love story

salam, all.

after having such a gloomy days (cause of limititation to see and mum didn't allow me to drive =(

my bro give me something. a love story. at first I heard the song, i couldn't believe it. it is a story that i know but never had time to appreciate it, to feel the bond created, to feel how beautiful love is in Islam.

people always think Romeo and Juliet story is the best. Titanic is full of love. Taj Mahal is build because of power of love. Laila Majnun, PGL, Twilight n etc2. but have we wonder the love between ar-Rasul, Muhammad and Khadijah? Muhammad, the Mesenger brought the truth when people in jahiliah. it wasn;t an easy job. if you are an Ib student, you should know the Plato Allegory of the cave. when, one of them bring the truth to the others, they didn't believe him and even kill him.

Plato imagines a group of people who have lived chained in a cave all of their lives, facing a blank wall. The people watch shadows projected on the wall by things passing in front of a fire behind them, and begin to ascribe forms to these shadows. (wikipedia)

in our Prophet case, we know how people threat him, how they attempt to kill him, how his life is and it was soo painful, but his wife stay with him till the last of her breath. have we realized how much trust she put in him? anyway, enjoy this song! mashaAllah, it is a nice song (the song is at the end of this post, sorry, it is difficult to adjust the html, that is the least i can do) =3


ZAMNILOONI, BY NATIVE DEEN FEAT ZAIN BIKHA

He stepped inside his home, he was overwhelmed with fear

An angel came with words from God, things still unclear

Saying read-read but he could not read, amazing words that he heard

A trembling deep inside his heart, confused by what had occurred


There was only one who could comfort him

To help to see the light

To ease his fears, to reassure

Was Khadijah, his wife


( c/o )

He said, zamnilooni, zamilooni, dathirooni, dathirooni (envelop me, embrace me)

A mighty task has come before me

I need you here with me

By my side


She was a woman of nobility, successful in all her trade

Many wealthy men had asked for me, she turned them all away

But when she saw Muhammad, a shinning moon, may peace be on his soul

He was a light for her

So right for her

Her life will now be hold


But she had never seen him so distressed, as he was there that day

But she would comfort him, and hold him tight, and chase his doubts away


Repeat c/o


We look for stories of love, in places dark and cold

When we have a guiding light, for the whole world to behold

But we’re so selfish in our way, to the ones we hold so close

Our own pleasure and happiness is what we value most


But she sacrificed all her wealth and all everything she had

And he honored her, and gives her faith

When the times were bad, when times were bad


Now years have passed, times had changed, since Khadijah breathed her last

And the message of the one true God, was spreading far and vast

But then he came across some jewellery, that Khadijah had once worn

His eyes become to swell with tears, his heart become to mourn


She was there for him, when the times were rough, and his enemies were cruel

She was the first believer, so keen and eager, to comfort ar-Rasool


Repeat c/o


Mawlaya salli wa salim da iman abada

‘Ala habibika khayril khalqi kulinimi

(Your salutation and blessings forever upon your beloved, and the best of the whole cretion)

Rasulullah

Habibullah

Shafiallah

Nabiallah


Repeat c/o




Saturday, September 12, 2009

maaf, hp saya hilang




salam, semua.

alhamdulillah dengan izinNya, sy selamat tiba di rumah. namun, kali ni bukan hendak menceritakan ttg cuti, tp ttg hp sy yang hilang! huhuhu.



tajuk kali ni agak stret fwrd. tp itulah kenyataan.

ptg smlm......
dalam kekalutan menuju ke LCCT, (dalam kereta) sy mencari-cari mana la hp. ditambah pula cermin mata juga turut sama hilang. difikir kembali, bilik tadi sudah kosong. almaklum akan digunakan ktk cuti nnt. barang2 sudah dikemas, kenapa hp dan cermin mata ku ttp tiada?
dibuka semua beg yang ada. namun, jawapannya tetap sama. tiada.kalut.

setibanya di LCCT, beg bagasi besar itu juga dibuka. namun, tiada. di kaunter check-in diminta bergegas oleh akak kaunter. sy mmndng tiket, patutla waktu boarding sudah tiba. adei.
apalah nasib badan. sy masih mencari-cari. kawan hanya mampu melihat. tiada apa yang boleh dibantu.

sementara menunggu untuk boarding, duduk mencari lagi. dan mencari lagi. hanya doa mampuku pinta. kelihatan rakan sekolej ku cukup ramai menaiki kapal terbang yang sama. tp tak terdaya aku berborak panjang. hanya senyumanku berikan. fikiran masih melayang. dengan penglihatan yang cukup terhad. aku duduk berfikir. adakah aku tidak pandai menjaga barang? atau aku mmg seorang yang kalut? huhuh, aku cuba berlagak tenang. tp hati tetap gundah.
almaklum hp itu banyak nostalgia. dan itulah hadiah hari jadiku dari ibu!

dalam kapal. aku duduk gelisah. buku kecil yang penuh dengan kata-kata Dia ku buka. masih tidak tenang. didengar pula ayat-ayat cintaNya. tenang seketika. namun, fikiranku masih liat mencari jawapan. walaupun berbuka dengan hanya sekotak air anggur, tp perutku tidak memberi sebarang tanda tidak seanng. pergh, dasyatnya kesan kehilangan hp dan cermin mata. sampai reseptor tidak dapat mengesan perasaan lapar. kerana sibuk dengan hormon yang tidak keruan itu. heheh

setiba di KB, ayah ibu, abang dan adik menanti. wah, terkejut, adik balik cuti. maka, bercamtumlah the three musketeers. heheeh. gembira seketika. tp otakku masih belum melupakan hp dan specs yang hilang! ibu menegur, nampak lain tanpa specs. (hendak menggembirakan hatiku) aku berlagak tiada apa yang berlaku, tp mana mungkin dapat lari dari keluarga yang telah membesarkan aku selama ** tahun. adoi.

di rumah nenek, cuba menelefon cikgu kolej, andai dapat bantuan, tp hanya suara operator kedengaran.

sepulangnya ke rumah, setelah makan nasi briyani untuk kali ke-4 bagi minggu ini, aku baring berfikir.

kenapa kehilangan hp ini memberi kesan yang mendalam? kenapa gelisah sangat? penting sangat ke? di manakah hp itu dihati aku? mengapa rasa sedih bila kehilangannya? jika aku kehilangan hidayah, adaakah aku akan sesedih ini? jika aku hilang Islam, adakah aku akan segelisah ini? kenapa hati aku gelisah?


argh, tidak sepatutnya ini berlaku.teringat cerita novel Ranjau Sepanjang Jalan, hasil karya Shahnon Ahmad, konon-kononya pengkritik menyatakan watak2 itu menyerah kepada takdir sahaja. ini bukan masalah menyerah kepada takdir. ini masalah berusaha. ye, kita wajib menyerah pada takdir. tetapi setelah berusaha. dan aku yakin bahawa aku sudah menjaga barang milik aku sebaik mungkin. andai takdir telah menetapkan ia hilang. apa yang boleh aku lakukan? sepatutnyaaku berasa tenang, lepak.

terigat satu ayat Dia,
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan. " yassin, 82-83

segala-galanya patut kembali kepadaNya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " al-baqarah, 216

ye, mungkin dengan adanya hp, cuti ni, saya akan bertambah lagho. mungkin dengan adanya hp cuti ini, mungkin sy tidak menjaga ikhtilat. mungkin. ye, mungkin, kerana semuanya dengan izinNya.

ada seorang rakan bertanya, " bolehkah hidup tanpa hp selama 2 minggu ni??" aku diam dan tersenyum. hp bukanlah segala-segalanya.insyaAllah blh hidup. tidak aku menafikan bhw dlm hp tu ada bnyk no2 rakan2 lama dan baru. network. dan hp itu bnyk nostalgia. namun, kehilangnya tidak dapat disamakan andai kehilangan nikmat dan hidayah.



kehilangan cermin mata pula, menyebabkan sy lebih menghargai mata sy, hehehe. beginilah perasaan bila satu nikmat sudah ditarik.oleh itu, bersyukurlah apabila nikmat yang diberikan masih ada dengan anda.

maka, dengan ini saya mengumumkan bhw sy tiada hp untuk 2 minggu. sebarang perkara penting blhla berhubung dengn sy melalui
ym atau di blog ni atau email sy atau
hp ibu atau telefon rumah. =3

p/s sy cuba menelefon telefon sy, dan alhamdulillah dijawab oleh rakan sekolej.
rupa-rupanya ia terjatuh di blok. so, tak perlula untuk sy membeli telefon yang baru.
jimat duit. heheh tp cermin mata masih belum dijumpai.huhuh

Tuesday, August 25, 2009

kaki tidur


salam. hohoho.
memandang ni bulan puasa. bagi sesetengah orang satu bulan yang memenatkan.
ada juga yang mengatakan satu bulan yang paling best, sebab dapat banyak pahala.
TETAPI..
ingat! inilah bulan yang paling mulia. x dernyer agama lain yang menyuruh penganutnya berpuasa sebulan stret pahtuh bagi banyak peluang untuk dapat HADIAH lak tuh dengan solat terawikh, pahala sahur, etc2. ada ke? ada ke? sepanjang pengetahuan saya, tak der pulak. huh, tambah pulaK malam lailatuqadar, pergh, terbaik.

maka, amat penting untuk muslimin muslimat sekalian mengambil iktibar di bulan ni. huhuhu, 11 bulan asyik2 diselimuti oleh selimut *****. oleh itu, bulan ni, jom kita sama2 berubah! bermula dari tabiat yang paling kecil. iaitu tidur!!! huhuhu, lebih2 lagik yang asyik tidur lambat.almaklum stay up study/homework/ tuk member2 di kolej esp. sem 3 amat mencabar iman. huhuh. koyak tul kalau ia tak siap.kadang-kadang tuh tak tidur,

di bulan yang penuh barakah ini, mari sama2 kita ubah sytle tido kter. kepada yang lebih baik,
mungkin dah ada yang tahu, tp ingat-mengingati itu penting. huhuh.

ONE Go to bed early and avoid sleeping before Isha' prayer.

TWO
Avoid eating too much before sleeping. If you haven't had dinner after Isha', make sure the dinner is light so you will be able to wake up, and not make you fat too.hohoho.

THREE
Ask your housemate, husband/wife (anda lom kawen), parents, or neighbours to help wake you up, or alternatively, use alarm clock, if you can trust it, that is.

FOUR
Don't linger lazily for long in bed or keep warmth under your duvet once awake.

FIVE
Don't forget adab before sleeping and re-sleeping such as making du'a (supplication), reciting ayat al-kursiy and the last three surahs of the Qur'aan.

SIX Avoid useless talk after Isha'. Lock your bedroom doors after Isha' prayer.

SEVEN Fill your heart with faith and good deeds. For example, reading the Quran or religious book before sleeping. At the same time, protect your heart from such external allurements or keep away from acts of disobedience to Allah. Hence, mind your eyes and ears to what is unlawful for them. Perhaps, midnight movie is such a great shaithan that could make you not able to wake up for Fajr.

Imam Ibn al-Qayyim said, "sins are wounds and some wounds can be fatal." Hasan al-Basri was once asked: "Why is it that we cannot uphold prayers at night?" He answered: "You are shackled in your own sins".

EIGHT Bear in mind the great reward for attending Fajr prayer in congregation on time, and the strong rebuke for those who fail to observe it and to satisfy its conditions.

`Uthman ibn 'Affan related: I heard Allah's Messenger p.b.u.h. said: "He who prays `Isha' in jama'ah (congregation) is as if he has prayed for half the night . As to he who (also) prays Fajr in jama'ah, it is as if he has prayed all night." (Narrated by Malik and the wording is that of Muslim who also reported it).

Similarly, al-Bukhari, Muslim and an-Nasa'i related on the authority of Ibn Mas'ud r.a. that he said: The case of a man who slept all night up to sunrise (without waking up for Fajr) was related to the Prophet p.b.u.h. whereupon he said: "That was a man in whose ear shaithan has urinated", or he said "in both his ears".

NINE
Bear in mind the bad effects resulting from one's failure to pray Fajr, such as the melancholic and depressive state of mind and the loss of many religious and worldly benefits, and the good effects resulting from managing to perform it. Furthermore, there are many benefits to the health derived from waking up for Fajr prayer.



TEN
Waste no time to categorically clear you from the stigma of hypocrisy. Because of the difficulty of waking up for this time, praying Fajr in congregation provides evidence that a person has firm faith and is free from hypocrisy.

That is why in a hadith narrated by al-Bukhari and Muslim, the Prophet
p.b.u.h. said: "Indeed, the most difficult of prayers to bear, for the hypocrites, are Isha' and Fajr prayers. If only they knew what they are missing, they would sooner come, even if crawling on their knees".

The
most worthy companion, Abdullah Ibn Mas'ud r.a. asserted, "The only one indeed who misses them (Isha' and Fajr prayers) is a confirmed hypocrite". Ibn Umar r.a. said, "When we find a man missing from the Isha' and Fajr prayers we nurture suspicions about him".

p/s Fajr prayer = solat subuh, tp before solat subuh tuh, leh solat sunat luh, huhuhu. tak specific tuk bulan pose jer, leh apply pd bulan laen jugak. >_<
tips ni dari abang, thanks, bro!

Monday, August 3, 2009

tanggung + jawab



salam.
just a motivation reminder.

THE RESPONSIBILITIES

tanggungjawab muslim/diri/anak/kakak/pelajar/kawan/
semua tuntut.
laksanakan.

hidup bukan pentas boneka.



never give up. watch this with ur heart not ur brain!
be serious.

Thursday, July 30, 2009

grounded

12.00

Grounded.

Kisah ini hanya sekadar peringatan buat semua. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Pada suatu hari, di papan kenyataan di sebuah kolej.

Grounded list.

Kesalahan : Tidak hadir ke usrah.

1. Masirah binti mahmud- bilik F133

“Aduh, sakitnya. Asal nama leh naek ni?? Sejak bler lak aku tak gi usrah. Aku ni dah arr peminat setia usrah.

Asl lak aku nak ponteng. Aiseh. Plik gler.koyak2” Detik hati aku. Seribu satu soalan timbul.

Macam-macam aku dengar. Baik mahupun buruk. kecoh satu dunia aku tak pegi usrah. klaka2. Aku hanya mampu gelak bersama-sama mereka. ke mana-mana aku pegi, semua tanya. heheh. pecah rekod dunia aku ni.

“ aku pernah gi ****, tapi zaman masirah kner grounded” kata-kata sahabat yang disertai dengan gelak tawa.“ghano leh termiss usrah ni?” adikku bertanya

“tuh budak grounded tak gi usrah”

“otai gler ko, tak gi usrah??”

“tul ker dier tak gi usrah??”

“eyh, masirah, asal ko tak gi usrah??”

"wey ****, asl dier tuh tak gi usrah?? malu kot"

Aku hanya mampu menjawab

“famous arr aku pahni. Heheh”

“ ader orang sabotaj kot”

“seingat aku tak penah lak aku tak pegi. Tak logic gak arr”

“adei. Klaka jer”

..sambil senyum dan ketawa

-------aku pulang ke bilik. Baring dan berfikir-----------

Kerjaku banyak yang belum disiapkan. Jumaat ni semua kena hantar.

Malam ni ada meeting secret societies, besok malam kena selesaikan masalah ini.

Dah la ptg tadi memalukan diri. Malu2. Adoyai. Ari2 tido lambat.

Bila aku nk buat kerja ni? Bila aku nk bersihkan nama aku??

Konon-kononya telah menconteng arang ke muka.

Kenapa sekarang?

Kenapa perkara ini berlaku?

Orang akan percaya yang mana??

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...

lagu kumpulan nasyid firdaus kedengaran memecah kesunyian bilikku.

Orang kata, “ small matter jer, jangan dok pk sangat.bende kecik”

Tapi bagi aku, mesti ada sebab Dia buat macam ni. Aku tak der la pk sngt.

Sbb bnyk lagk bender yg lagk pntng yg nk dipk. Tp bender ni tak kan terlepas dari fikiran.

Sbb aku manusia.

Sbb aku ada telinga yang mendengar.

Sbb aku ada akal untuk berfikir.

Sbb aku ada perasaan.

Sbb aku ada Islam yang pentingkan muhasabah diri.

…………………………………………………………………………………………………

Pada malam sebelum bertemu ketua warden.

Aku: Ana,(roomateku) agak2 kenapa aku kena grounded?

Kenapa name aku yang naik? Kenapa bukan budak2 laen?

Ana : Aku raser salah system kot.komp tuh tak tul.

Aku : ntah la ana, aku pun tak paham. Tak leh hidup aman aku.

Ana : sabar, masirah. Ada hikmahnya tuh, jap lagk tanyer leklok kat ketua warden.

……….diam……………………

_____________di bilik warden, aku bertemu ketua warden----------------

“apa nama kamu?”

“masirah”

“kamu masirah?? Ya Allah, maaf sangat2. Salah masukkan nama.. saya tahu kamu trauma. Maaf”

ye, saya mmg trauma, cukuplah skali.

Aku senyum tanda faham.

Aku melangkah longai ke bilik. Terdiam. Tak terkata.

p/s Alhamdulillah, akhirnya aku tau kenapa dan dalam rekod pun sudah settle.

REFLEKSI

Pengajaran 1: macam2 ujian boleh berlaku. Bukan hanya dengan assignment yang banyak, namun, kejadian mcm ni pon blh menjd ujian..hehehe.

Pengajaran 2: sabar

Pengajaran 3:laughter is the best medicine. So, gelak la beramai-ramai.

Pengajaran 4: anda tahu anda betul dan Dia pun tahu anda betul. Maka, jangan risau, DIa bersama kamu.

Pengajaran 5: tahniah, Dia ingat anda! Hanya yang terpilih akan diuji sedemikian. =) jangan hampakan Dia.

apalogi kepada Masirah dan Sabrina Mahmud. Rekaan watak semata-mata. Heheheh.

p/s asal penulisan ini lawak. Kelakar. Sungguh kelakar. Tapi apabila direflek kembali, sampai bila aku nak gelak.dunia ini bukan pentas boneka, pentas hanya untuk bergelak ketawa.dunia ini tanggungjawab khalifah. siapa khalifah?? fikir2 kan. Refleksi mesti ada!- itu sbb kena buat CAS report. Ngeh2.





FREE PALESTINE