oleh itu, apa pandangan anda? salahkah menjadi seorang yang garang?? salahkah seorang gadis menjadi otai??? salahkah seseorang itu tinggi?
---------------------ini pendapat saya, mungkin berbeza dari anda-------------------------
ringkas. tidak salah menjadi seorang yang garang asalkan tidak memecahbelahkan ummat, tidak salah menjadi seorang yang otai selagi mana tidak menyerupai lelaki, dan tidak salah menjadi seorang yang tinggi kerana itu kurniaan tuhan.
jom lihat sejarah nabi dan para sahabat. 4 orang sahabat yang mempunyai perangai yang berbeza. khalifah umar terkenal dengan kegarangannya, khalifah abu bakar dengan budi bahasanya, khalifah othman dengan sifat pemalunya dan khalifah ali, pula dengan sikap rajin mencari ilmu. walau berbeza, tetap sahabat nabi, tetap dakwah berjalan.
analoginya cukup mudah, tidak bosan kah dunia ini andai semuanya mempunyai perangai yang sama? tidakkah seperti robot atau patung yang dikawal manusia? di'set'kan sama sahaja. jika angguk, bermaksud "ya". tidakkah bosan sebegitu??
cantiknya ciptaan Ilahi. berbagai ragam manusia. tidak semestinya anda harus berubah menjadi seperti orang lain kerana anda sendiri mempunyai keunikan tersendiri yang tiada pada orang lain. kita berbeza pendapat, perangai namun fitrahnya semuanya sama, mencari keredhaanNya. nasihat saya, haruslah berhijrah kepada yang lebih baik, [sempena tahun baru ni. ^_^] namun, andai sikap dan perangai anda tidak menyalahi syarak dan tidak bertentangan dengan agama dan tidak menimbulkan fitnah, apa salahnya kekal dengan sikap itu, yang penting buangkan jahiliyah, tambahkan tarbiyah.
so,wahai sahabat, kawan, junior, adik, just be yourselves! [selagi tidak salah] ^_^