Assalamualaikum wbt.
saifulislam ada diari si budak gemuk, aku pula ada diari si budak kurus. Ini kisah si budak kurus. Bukan diari kisah harian, bukan juga journal hidup, namun, ini adalah kata-kata hati seorang si budak kurus. Andai tidak berminat, tidak mengapa, hanya sekadar satu lakaran.
Alkisah bermula.
Hujan, seolah-olah awan turut sama menangis. Air mata yang turun bukan air mata penyesalan, bukan juga air mata kegembiraan, tetapi air mata peritnya derita. Jika dahulu, jarak memisahkan dan penuh dengan rahsia. Namun kini, tiada lagi rahsia, tiada lagi benteng pemisah. Air mata akhirnya jatuh lagi ke bumi buat kali kedua bersaksikan dua insan yang paling dicintai.
“we love u, not based on how u perform, how well u do, but we love u based on taqwa, anak solehah”
“ada 3 sebab kenapa sesuatu itu terjadi: bala, pengajaran atau ujian, tapi walau apapun yang terjadi, kita taubat, kot2 dosa-dosa yang kita pernah buat menjadi punca”
“ingat kisah nabi, macam-macam kena uji, hampir dibunuh, dipulaukan, etc2, dan Allah boleh je kata ‘kun fayakun’ dan semua orang ikut perintahNya dan rasul, semua orang akan beriman, tp Allah tak buat begitu, tahu kenapa? Kerana kita akan menjadi a better person, a stronger person, selepas diuji.”
" apa yg Dia uji, Dia tahu hambaNya boleh pikul"
“It is normal to react that way. Nabi dulu pon menangis, masa Khadijah meninggal, sedih, sampaikan teringat-ingat walaupun sudah berkahwin dengan Aisyah. Sehingga Aisyah kata, aku lebih muda, lebih cantik, kenapa masih teringat Khadijah. Kerana nabi pun manusia. Kita boleh sedih, but not more than 3 days, dan jangan sampai kehidupan hairan terganggu. That’s how Islam teach us”
“sifat orang yang berjihad ke jalanNya: taqwa, zikir, jangan sombong dengan Allah, minta padaNYa…… and u’re on jihad, it is part of jihad”
“ok, my GIRL”
-papa-
"bukankah kami telah melapangkan dadamu, dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan kami tinggalkan sebutan namamu bagimu, maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, maka apabila engkau telah selesai dari suatu urusan, tetaplah berkerja keras untuk ursan yang lain dan hanya kepada TuhanMulah kamu berharap" al-insyirah, 94;1-8
"dan mohonlah pertolongan daripada Allah dengan SABAR dan SOLAT, dan solat itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui TuhanNya dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya: al-baqarah; 2;45-46
nadal & bulat, rest in peace. |
1 comment:
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” - doa waktu Dhuda:)
Post a Comment