Assalamualaikum wbt dan hi!
Fitrah hidup dalam masyarakat. Pelbagai ragam. Kadang-kadang menyusahkan hidup orang lain. Kadang-kadang terlalu ambil berat. Apabila manusia telah meletakkan satu kayu ukur/ barrier di dalam hidup mereka, setiap perkara itu akan menjadi 'rigid'.dan akhirnya orang lain memilih untuk mendiamkan diri. Being selfish. risau-risau kalau di cop 'busy body'. Ehehs.
Hakikat sebenar dalam hidup bermasyarakat. Tiada istilah 'busy body' andai yang diukur itu sebagai tanda kasih dan concern dan tidak menyusahkan hidup orang lain i.e menjaja cerita. Masalah yang berlaku sekarang pabila isitilah 'concern' itu ditambah dengan menjaja cerita tanpa tujuan hanya untuk bersuka ria. Mana hilang kasih itu? Huissh lesap di awangan.
It is an art. Berkasih sayang sesama manusia itu adalah seni. Setiap dari kita melahirkan rasa sayang yang berbeza. Namun, manusia sering menyalah erti. Yang sayang itu dikatakan tidak ikhlas, atau yang sayang itu dikatakan pelik. geli. Apabila seseorang itu tidak dapat menerima cara seseorang, semua benda nampak tak kena. Maka, semuanya bermula dari hati. Hati yang bersih. Melihat semua benda dalam kaca mata yang berbeza. Anjakan paradigma.
Kisah kematian Kitty Genovese pada tahun 1960 an membuka mata masyarakat barat. Justice kata mereka. Dakwah kata kita. Kerana asas dakwah itu not being selfish. Pedulisma. Seriously, google Kitty Genovese and read on her death storry. Arh. Kematian yang membuka mata manusia bahawa di zaman ketamadunan jangan sangka manusia itu prihatin. Dua benda berbeza. yang asasnya kembali kepada manusia mentafsir hidup masyarakat itu sendiri.
Minggu ini sahaja berita kematian menerjah di newsfeed. Chapel Hill Shooting dan pemergian sang murabbi Tuan Guru Nik Aziz. di tambah pula penangkapan Anwar Ibrahim ke penjara kesekalian kalinya. Mengingatkan kembali kisah pemecatan 3 hakim di zaman Tun Mahathir dulu. Arh, Andai hakim boleh dipecat tanpa sebab, inikan pula memenjara Anwar Ibrahim. I am not surprise man. Ain't justice. Jangan nak ungkit pada aku dengan kisah penjahat-penjahat yang lain. I am not saying tak telus 100%, I am just saying anything can happen dalam kehakiman dan mahkamah Malaysia. Nak tahu kisah pemecatan hakim-hakim? PM me, and I can link you to a right person. Salah seorang hakim yang dipecat dan sekarang sedang sakit, namun masih larat ambil berat soal negara.
Baiklah, cukup bebelan kali ni. Sekadar curhat (curahan hati). Semalam seorang teman berkongsi hadis. Things that need to be reminded. Kerana aku bukan manusia yang sempurna. Maaf, teman. dan terima kasih teman kerana memudahkan kerja aku. Sayang kamu dari bulan ke bumi. Ehehs.
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat.
Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya.
Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya.
Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya."
hadis 36 daripada hadis 40 Imam Nawawi
Semoga Allah berkati! Amin!
91A
26 Rabiul akhir 1436H
1444
No comments:
Post a Comment