Labels
Thursday, May 28, 2015
[SONG] OneRepublic - I Lived
Wednesday, May 27, 2015
Memory lane
Saturday, May 23, 2015
Rukun Iman ke Enam
Kadang kala kita mencari sinar. Lupa pelangi itu tiba setelah hujan.
Lupa siang itu tiba setelah malam.
Lupa matahari itu tiba setelah bulan.
Manusia itu pelupa.
Pesan Dia yang satu.
Jangan ingat akan masuk syurga tanpa diuji.
...........
Ujian itu datang bertalu-talu.
Rukun iman ke enam itu juga yang diuji.
Qada' dan Qadar.
Mula persoal mana silapnya.
Mana kurangnya.
Mana dosanya.
Namun lupa.
Andai Dia kata itu bukan rezeki kamu, buatlah apa jua ia tetap bukan milik kamu.
Ajarlah diri.
Tak semua benda yang kamu usaha akan dapat.
Kerana akhirnya kuasa di tangan tuhan.
..............
Kamu mula mencari-cari.
Tapi jawapan di hadapan mata.
Ia bukan milik kamu.
Ia bukan milik kamu.
Ia bukan milik kamu.
Belum lagi.
Pesan Papa kepada anaknya, tuhan itu ArRahman.
Hati memberontak.
Tapi lupa ArRahman tuhan bukan pada apa yang kita minta tapi pada apa yang kita PERLU.
Dan apa yang kita perlu itu adalah
IMAN.
..............
Rukun iman ke enam itu jua yang diuji.
0246
5 Syaaban 1436H
Riyadhus Solihin
Friday, May 22, 2015
It is not the end
Trust Him.
Monday, May 4, 2015
[SONG] You Are The One
Friday, May 1, 2015
Bajet hebat
Saya akan kenang kisah ini sampai bila2. (Dengan izin Tuhan)
Tadi, pengunjung di pesta buku tidak ramai. Jadi selepas asar, ada ruang saya dan rakan ke booth Arab Saudi. Dapatlah Quran free lagi.
Selepas itu, di pentas utama, mereka adakan cabutan bertuah. Hadiah utamanya dapat mengerjakan Haji. (Mereka adakan setiap hari jam 6 petang selama pesta buku) Ini sesuatu yang semua orang Islam cita2 kan.
Saya ikut sekali. Sangat mudah. Cuma isi borang.
Nama : Mohamad Bahruddin (biasanya saya letak Bahruddin Bekri sahaja, tetapi entah mengapa tergerak letak nama penuh tanpa nama bapa)
Umur : 34
IC : ...
No hp : ...
Kemudian jawab soalan yang mereka sudah tandakan jawapannya.
Sementara menunggu borang dikutip, diadakan acara menjawab soalan2 mudah. Hadiahnya Quran.
Antara yang saya ingat adalah, "Siapakah khalifah Islam yang ketiga?"
Soalan mudah tetapi kerana saya sudah ada Quran percuma, saya diam2 sahaja.
Seorang lelaki datang ke pentas dan menjawab dengan yakin, "Saidina Ali."
Terus saya meraup wajah. Geleng2 kepala. Mungkin dia nervous atau panik berada di pentas utama.
Selepas diberi beberapa klue, akhirnya dia menjawab dengan betul.
Apabila borang2 sudah dikumpulkan, mereka pun adakan cabutan itu. 20 cabutan yang terawal dapat Quran. Kemudian cabutan yang terakhir barulah hadiah utama.
Selepas kertas cabutan akhir sudah berada di tangan orang Arab, dia berkata, "Pemenangnya berumur lebih 30 tahun."
Saya sudah berdebar2. Ada harapan.
"Dia adalah lelaki."
Saya tambah berdebar2. Harapan semakin naik.
"Umurnya, 34 tahun."
Saya sudah hampir melayang2. Harapan semakin jelas.
"Siapa umur 34 tahun di sini, angkat tangan?"
Ada dua orang sahaja yang angkat tangan, termasuk saya. Peluang saya 50 50.
"Pemenangnya adalah, Mohamad...."
Kaki saya seperti sudah tidak jejak ke tanah. Terlalu ingin saya naik Haji. Memang Tabung Haji sudah cukup syarat minimum, tetapi menunggu giliran itu yang entah bila. Harapan pula sudah meninggi ke langit.
"Mohamad Naim."
Saya tergamam sebentar. Bukan saya. Ya, bukan saya. Saya hanya diam. Kelu.
Rakan saya segera berkata, "Bukan ini orang yang jawab salah tadi?"
Saya amat-amati dia. Memang dia yang jawab salah tentang khalifah Islam yang ketiga.
"Tadi dia malu, sekarang Allah muliakan dia," sambung rakan saya.
Saya pula, pada mulanya hanya tergamam sehinggalah ketika naik motosikal dalam keadaan renyai2, terfikir mengapa bukan saya yang dipilih menjadi tetamu Dia?
Mengapa tadi sepertinya sudah diberi harapan, hampir sempurna dan seketika itu ia direntap. Sekiranya tidak tepat pada umur dan nama, mungkin tidak ada apa2. Mungkin dengan mudah saya berkata, ia belum rezeki. Tetapi ini persis sekali.
Apa yang Allah mahu beritahu? Ia bukan sekadar mahu memberi ingat yang saya belum ada rezeki. Mengapa tadi perasaan saya diangkat tinggi2, hanya kemudiannya untuk disentap jatuh? Mengapa Allah beri rasa seperti itu sekali kepada saya?
Tidak ada kata kebetulan melainkan semua dalam rencana-Nya.
Ingatlah kembali, pada laku saya ketika pemenang tadi yang menjawab salah. Saya meraup2 wajah sambil geleng2. Perbuatan yang identik dengan kata2 sombong, "Takkan itu pun tak tau? Malunya aku."
Mungkin itu yang terdetik dalam hati saya tadi. Kesombongan. Belum lagi layak menjadi tetamu-Nya. Walaupun hanya itu.
Apapun, Allah yang lebih tahu.
Dalam renyai tadi, entah mengapa tumpah jugalah air mata.😔
Source |