Saturday, August 22, 2015

Gereja dan Palestin

Assalamualaikum dan hi!

Tika mana Acheh dilanda Tsunami. Berpusu-pusu ahli geraja datang membantu.  (oh,  ahli masjid pun ada)

Tika mana Gaza diserang,  ahli gereja juga datang membantu. 

Aku bukan ingin menjadi seorang racist,  assabiyah atau sewaktu dengannya. 

Setuju,  bahawa ada juga organisasi Muslim seperti Muslim Care,  Aqsa Syarif etc datang membantu.  Bukan sedikit,  banyak. Sehingga kadang-kala diri kembali ke hidup selesa. 

Agak tersentak tika mana jelajah soloku ke bumi Edinburgh di musim festival yang menggila, ini yang aku jumpa. (rujuk gambar)

Terdetik di hati ingin pusing - pusing bandar bersejarah ini. Dan terlihat gereja di depan mata.  Tanpa fikir panjang,  kaki melangkah.  Ahh alangkah terkejut,  yangku jumpa adalah kempen kesedaran Gaza!

Walau hari-hari mailboxku terima berita tentang Palestine.  Adakah hatiku turut sama terbuka?

Sudahkah anda sedekah kepada Gaza hari ini?

Progresif atau agresif,  itu pilihan anda.  (bukan GHB ye.  Lols)

1827
7 Zulkaedah 1436H
Princes Street Garden

No comments:

FREE PALESTINE