Saturday, June 13, 2015

Tua

Sedang berperang di medan ilmu. Aku berhenti seketika.
Mencari buku tentang kehidupan.
Lalu tangan mengapai buku Menalar Makna Diri, tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Di muka pertama. Mata terpaku di bait kata-kata.

"Barang siapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia tualah dia akan terua dengan kebiasaan itu" -pepatah arab.

Jiwa bergetar.
Esok umur sudah suku abad.
Apa yang ingin dicapai dari hidup ini, wahai diri?

Satu lagi bait kata menjengah

"Dan ia pun masuk ke kebunnya sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri, sambil berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya"- Al Kafh: ayat 35

Terasa bagai pertama kali baca ayat ini. Sedangkan saban Jumaat asyik diingatkan tentang surah yang agung.

Aahhh manusia. Pelupa.  Masakan tuhan turunkan Quran bukan kerana manusia itu senang lupa. An nasi'a.

Asyik fikir - habis belajar, grad, kahwin, kerja, dapat anak yadaa yadaa

Sama aja dengan manusia bukan Islam.
Kitaran hidup yang sama. Tiada arah tuju.

Kenapa kamu diciptakan, wahai diri?
Dan apa yang kamu ingin capai dalam hidup ini?

Tutup mata.
Tanya iman.

Lot 2740
1833
26 Syaaban 1436H

P/s at Cesky Krumlov with le girls

Tuesday, June 9, 2015

Picky

Uthman bin Abu Al As At-Thaqafi berkata kepada anaknya,
"Wahai anak-anakku! Orang yang bernikah itu ibarat petani. Hendaklah kamu melihat di mana dia menanam tanamannya, keluarga yang tidak baik (asal usulnya) jarang sekali melahirkan anak yang baik. Maka berhati-hatilah memilih walaupun ia memakan masa"

Kata Saidina Umar Al Khattab tentang hak seorang ayah kepada anaknya
"Hendaklah dia pandai memilih ibunya, memilih nama yang baik untuknya, dan mengajarnya Al Quran'

-buku Tarbiyatul Aulad Fil Islam

I am not being picky but i am trying to follow the sunnah. Nak bimbing anak ingat senang ke oi. Ok. Check iman. 

Hurm. I should focus on something else first. Haish.

Lot 2740
2048
22 Syaaban 1436H


P/s at Bukit Keluang

Wednesday, June 3, 2015

Mimpi

Malam itu sejuk.
Sejuk dari biasa.
Telinga pula membingit sakit.
Gara-gara usia makin lanjut usia.

Setelah selesai berkemas di ruang tamu, mata dipinta untuk berehat.
Masih banyak lagi yang belum selesai.
Bilik yang satu itu jua masih belum disentuh.
Tapi apakan daya, jiwa meronta mohon berhenti seketika.

Lalu kepala diletakkan dibantal yang usang itu.
Cepat sungguh mata ini lelap.
Penat.

Mimpi.
Bukan selalu bermimpi.
Mimpi yang aneh.

Muka dia.
Muka guru.
Buku.
Kelas.
Diminta aku untuk belajar.
Siap ada tarikh overnight untuk belajar.

Aahhh  mainan syaitan.

Usai solat, hati terdetik.
Adakah ia nasihat dari Dia Yang Esa.
Usaha.
Engkau masih punya masa.

Dimanakah Dia di hati ini?
Mencari cinta manusia dikala usia lanjut.
Bagaikan lupa cinta tuhan itu tak pernah lekang dek tahun.

Ahhh manusia.
Cukup cukuplah wahai diri.
Usah ditatap warkah lama.
Tiada makna.
Tiada erti.
Mulakan hidup baru.
Mencari cinta Yang Satu.
Sayangi Dia sebelum kamu sayangi dia.

P/s sudah kesekian kalinya orang bertanya, 'bila turn kamu pula kahwin?' 'When is your turn?' *bila mana abang sendiri sudah selesai*

Dan kesekian kalinya juga aku menjawab, 'doakan' atau 'kejam' sedikit, 'bila kita akan mati? Begitulah turn aku boleh jadi cepat atau lambat' ehehs or 'hari sabtu tahun bila tak tahu' ehehs. Hohoho. 


Diri ini kembali berjuang.

Kata kakak, siapa diuji sekarang, senang kemudian hari.

Allah sedang persiapkan dirimu wahai diri.

Usah ditanya berapa liter air mata ini tumpah untuk 2 minggu ini.

Sakit.

Hanya tuhan yang tahu.


0747

16 Syaaban 1436H
Lot 2740


P/s at Adrspach, Czech Republic

FREE PALESTINE