Saturday, June 13, 2015

Tua

Sedang berperang di medan ilmu. Aku berhenti seketika.
Mencari buku tentang kehidupan.
Lalu tangan mengapai buku Menalar Makna Diri, tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Di muka pertama. Mata terpaku di bait kata-kata.

"Barang siapa yang menempuh usia mudanya dengan suatu kebiasaan, maka hingga ke usia tualah dia akan terua dengan kebiasaan itu" -pepatah arab.

Jiwa bergetar.
Esok umur sudah suku abad.
Apa yang ingin dicapai dari hidup ini, wahai diri?

Satu lagi bait kata menjengah

"Dan ia pun masuk ke kebunnya sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri, sambil berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya"- Al Kafh: ayat 35

Terasa bagai pertama kali baca ayat ini. Sedangkan saban Jumaat asyik diingatkan tentang surah yang agung.

Aahhh manusia. Pelupa.  Masakan tuhan turunkan Quran bukan kerana manusia itu senang lupa. An nasi'a.

Asyik fikir - habis belajar, grad, kahwin, kerja, dapat anak yadaa yadaa

Sama aja dengan manusia bukan Islam.
Kitaran hidup yang sama. Tiada arah tuju.

Kenapa kamu diciptakan, wahai diri?
Dan apa yang kamu ingin capai dalam hidup ini?

Tutup mata.
Tanya iman.

Lot 2740
1833
26 Syaaban 1436H

P/s at Cesky Krumlov with le girls

No comments:

FREE PALESTINE