" Berpenat lelahlah kerana Allah, sesungguhnya kesenangan itu selepas kepenatan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, kerana demikianlah hidup ini diciptakan "
- Imam Syafie -
PERJALANAN HARI ITU
bermula di hari Jumaat yang indah.seawal pagi pukul 7.
ke kuala terengganu. kata mummy dan papa, ada mesyuarat di sana. tugas ku menjaga si budak kecik itu di taman permainan dan taman membeli belah, mydin mall dikala mereka bermeeting.aku akur.
berjam-jam jualah daku di situ. sekejap masuk, sekejap keluar, sekejap pergi makan,sekejap pergi tandas. sampai org si promoter sempat menegur
"anak akak ek ni??" katanya sambil menunjuk ke arah si budak kenit itu, adei.
hanya senyuman mampu ku beri.
setelah sekian lama menunggu, mummy dan papa tiba, membeli sedikit keperluan rumah, bawang, ayam, etc2. lalu berangkat ke sekolah adik. kononnya, ingin melawat adik, dijadikan cerita, si adik ni pula ke maahad, ada program kata gurunya. sabar je la. tanpa sebarang berita darinya. kami redha dan berangkat pulang ke rumah. walau rumah di satu negeri yang sama, namun jaraknya 2 jam la jugak.
di kala kami berperang dengan air hujan yang turun dengan lebatnya, di satu tempat di atas bumi ciptaaan tuhan ini jugalah, ada insan yang sedang berperang dengan nyawa sendiri, sakaratul maut.
BERITA ITU.
alhamdulillah, masih dipanjangkan umur, kami tiba di rumah dengan seribu satu kepenatan.(sy pun penat juga,walau tak drive. hehe) belum sempat hilang penat dan lelah, menerima satu panggilan dari che cik (ibu saudara, kakak kepada ayah) menyampaikan satu berita yang mengejutkan.
"tok abah meninggal dunia petang tadi kat bangi"
terkedu. terkejut. itu perasaan saya, perasaan ayah ketika itu hanya tuhan yang tahu, kalut seisi rumah. menelefon ke sana sini, packing barang untuk pulang ke kampung, kata che cik, tok abah pesan untuk di'simpan' jenazahnya di sebelah kubur tok ma (meninggal dunia setahun lalu) iaitu di kota bharu.
memang tidak dapat digambarkan suasana itu. kalut. memang kalut. mungkin lebih dari itu.almaklum masih lagi dalam emosi tidak stabil. 2 hari yang lepas, papa menelefon tok abah, dengar kata jatuh dalam tandas. namun, tiada sebarang luka yang serius. sedikit lebam. selain dari itu, kesihatannya elok2 sahaja. segar kata uncle nan (pak cikku di KL)
akhirnya, saya menjadi operator. telefon adik beradik yang lain untuk sampaikan berita.
dipendekkan cerita, papa ke masjid yang berdekatan dengan rumah untuk solat maghrib dan isya. aku, mummy dan si budak kecil itu di rumah. setibanya kami di masjid untuk menjemput papa ke Kota Bharu, terdengar imam dan makmum sedang solat jenazah. siapa yang meninggal??? mencari kereta jenazah, tiada. sedikit keliru. namun, setelah terdengar papa membuat ucapan. hatiku sebak. mereka solat jenazah ghaib untuk tok abah. sedihnya. bukan mudah untuk menerima berita ini.
PENANTIAN
akhirnya kami tiba di rumah uncle uni, (abang kepada papa) di Kota Bharu,
rumah itu. sejuta nostalgia. sebelum uncle uni dan keluarga berpindah ke sana, rumah itulah kami sering bermain bergurau senda dengan tok abah dan tok ma. rumah itulah kami ziarah setiap hari jumaat sejak kecil, sebelum mereka berpindah ke rumah kami dan rumah ibu/bapa saudara yang lain.
mendapat berita jenazah akan tiba dengan MAS pada pukul 12 tengah malam nanti. (sedikit delay sebenarnya) masih lagi terkedu. masih lagi terkejut. disuruh tidur, mata tidak dapat lelap. walau tak makan lagi, namun perut tidak terasa lapar. ke hulur ke hilir. buka alqalam, membaca sedikit ayat cinta dariNya. lega sedikit, namun, penantian ini memang satu penyeksaan.
PENERIMAAN
jam 1 lebih, jenazah tiba. makin ramai yang datang menziarah. ibu/bapa saudara, keluarga terdekat sudah tiba. kotak jenazah yang dibalut khas oleh orang MAS dibuka. diangkatnya jenazah keluar, dan dibukanya kain yang menutup wajah arwah. ya Allah, hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutku.
ku lihat, ku tatap, masih kurang percaya. dihadapanku itu jasad datuk ku sendiri yang sudah tiada lagi rohnya.
makin lama, ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing. sedara mara yang jauh pulang untuk berehat. keluarga yang dekat masih segar, ku lihat wajah papa, sayunya, sedih. siapa tidak sedih setelah kehilangan seorang ayah?? baru setahun tok ma pergi, kini tok abah pula menyusul,
auntie ni ( ibu saudaraku yang menjaga tok abah) bercerita apa yang berlaku. sihat beberapa sebelum ini, namun, pada hari itu, tok abah dikatakan demam sedikit. dibawa ke hospital dengan kereta uncle nan, sebelum sempat tiba di hospital, arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi anak dan menantu. mungkin heart attack, kata papa.
ku tahu umurnya sudah 92 tahun, ku tahu masanya akan tiba. ku tahu setiap yang hidup akan pergi, ku tahu dia akan pergi selama-lamanya, ye aku tahu semua itu, tetapi hati ini........... hanya Alfatihah sebagai hadiahku buat mu, tok abah
MEMORI
jam 4 pagi, jenazah dimandikan. sempat ku terlelap di sisi budak kecik itu.
mummy kejutkan aku, mengajak aku melihat dan mencium arwah buat kali terakhir, ku turun dan lihat ramai saudara mara, sepupu dan anak-anak mereka sudah tiba, mengambil giliran mencium arwah.
kempunan mencium orang yang tersayang buat kali terakhir akhirnya tercapai jua. kepergiaan tok ma pada tahun lepas, sedikit terkilan, tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.aku masih di kolej, setelah tiba di kampung, sudah di kebumikan. kali ini, aku menatap lagi agar wajahnya tidak luput difikiranku. ku ciumnya tiga kali. sejuk. perasaan bercampur baur. oh, tenangnya wajahmu, tok abah,
adik dan kakak sekeluarga tiba dari kuala terengganu. Dia makbulkan doa ibu yang ingin bertemu anaknya. adik sempat mencium arwah. sempat kami berbual, melepas rindu. setelah dikafankan dan dibawa ke masjid untuk solat jenazah setelah solat subuh nanti, tiba sebuah lagi kereta. abang-abang dan kakak, rombongan dari KL.
DI KUBUR
hajat untuk dikuburkan disebelah kubur milik tok ma termakbul jua. dilihat wajah saudara mara, semua mengerti. berborak lagi dengan adik. bercerita kisah silam. kisah bersama tok abah, sayu. bukan mudah berjumpa dengan datuk yang begitu mengingati tiap-tiap cucunya yang sangat ramai.
"Jah, besar nanti jadi doktor kan. tgk tok abah tulis ni. DR. KHADIJAH. untuk siddiq pulak, PROF SIDDIQ."
.................................................................................
lami kami duduk di kubur.kemudian pulang ke rumah tok we dan tok che. menggantikan tidur semalam. habis satu rumah macam tongkang pecah. atas sofa pun jadilah. semalam, kakak di perantau menelefon, hari itu pula, abang di perantau.. sempat berwebcam. merindui kampung halaman.
oh, adakah aku mampu sekuat itu? tempatnya bukan dekat.berbatu batu jauhnya dari rumah,
malam itu, majlis tahlil di rumah uncle uni. alang-alang dah berada di kota bharu, kami tunggu sehingga malam di rumah tok che . lalu baru pulang ke terengganu.
HATI INI
akhirnya selamat tiba di rumah. semua sudah tidur. hanya tinggal aku dan mummy membersihkan sedikit rumah yang ditinggalkan tanpa dirancang. sempat berbual-bual.
"tok abah cakap nak duduk kat rumah kita selepas raya nanti"
"katanya nk raya di Kota Bharu"
" siddiq nangis. lama tak jumpa"
"jah jumpa pun dulu. kat rumah auntie ni. tapi dah lama la jugak. sempat ambik gambar"
"teringat time tok abah duk ngn kita dulu"
...............................................................
aku tidur malam itu dengan ingatan bersamanya.
kini aku sedar, tiada lagi, jah dan tok abah,
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
[7:34] Tiap-tiap umat mempunyai waktu ajalnya, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.
untuk kawan-kawan
terima kasih, kalian, tiada kata selain semoga Allah merahmati mu.
"sesungguhnya setiap musibah yang berlaku adalah sebagai peringatian untuk esok. mudahan ia menjadi petunjuk supaya kita muhasabah dan terang akan jalan yang hak dan batil. sekembali mereka kepada Allah, sekembali kita pada hukumNya"
semoga roh arwah tok abah, Hussin Bin Taib ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
related post