Sunday, September 4, 2011

refleksi ramadhan'11 : 10 malam terakhir

salam wbt.

*warning! post ini aku tulih pada ramadhan terakhir, namun, belum berkesempatan untuk 'publish'. maaf sangat2.*

jujur saya katakan, kali ini memang benar-benar sibuk. serius! tak tipu!.*dengan muka serius*  dan post kalini pon saya buat dengan keadaan tergesa-gesa. asif jiddan andai ada bahasa yang kurang enak, tak kena, bahasa pasar, bahasa campur dsb, saya taip ikut kemampuan. harap dapat dimanfaatkan semua.

ye, saya tahu ramadhan masih belum berakhir, jika mengikut pengiraan esok sudah 1 syawal. which means another 4+ more hours to go. but i dont know when i will write about ramadhan after this.

jauh di sudut hati saya katakan ramadhan kali ini saya sedih dan sayu. kalau sejak dahulu saya asyik katakan perasaan itu, tapi tahun ini, lebih berbeza. perasaan itu disusuli dengan air mata. 10 malam terakhir. malam-malam yang kini saya rasa agak kesal apabila diimbas kembali TETAPI dalam kesesalan itu saya menemui sinar.

kesesalan 10 malam terakhir


1. susah bangun untuk sahur- apatah lagi hendak berqiam. kenapa? hampir setiap hari 3-4 jam tidur itu adalah biasa.ditambah pula dengan kerja berat di sebelah petangnya.

2. solat kurang khyusuk sejak ditugaskan untuk menjaga anak sedara kerana ibunya belum pulang ke kampung, perasaan risau sering datang menerjah,*kot la jatuh ke, luka ke, ibu mana tak risau?*  itu baru anak orang lain, kalau anak sendiri. T_T

3. helaian bacaan quran makin berkurang, dan hampir sempat membaca hanya satu muka surat sehari  -_-'' apabila mula membuka alkitab, mata mula layu, atau ada yang memanggil untuk bekerja, atau ada panggilan telefon yang perlu dijawab.

4. solat dhuha yang semakin jarang terlaksana- waktu pagi, memang high peak, kerja tak cukup tangan orang kata, kaki pon tak cukup nak jalan, time tuh jugak la kena pergi sana ke mari

5. solat terawih senang lalai- mana tak nye badan letih, lebam-lebam, konflik skit, kerja lak bukan setakat kerja perempuan yang kat dapur tuh, tapi campur-campur semua sekali, *but still cannot beat mum who can do everything, more than what i have done*

 sinar kehidupan dengan kehadiran si permata hati.. :)
source: kakak

namun, aku bertemu sinar disebalik awan mendung.

sinar 10 malam terakhir.

1. . mula menghargai masa-masa yang ada- walau waktu subuh sudah hampir masuk, aku tetap jua solat sunat mana-mana yang sempat kerana aku mengerti bahawa Dia melihat usaha bukan semata-mata hasil, ada hadis juga menyebut, mahfumnya:

Dari Anas dari Nabi s.a.w. sabdanya: "jikalau seseorang dari kamu semua mengantuk sewaktu mengerjakan solat, maka baiklah tidur dahulu, sehingga ia mengetahui apa yang dibaca olehnya"

*ini memang kes-kes ngantuk tahap karma. :P

2. belajar menjadi seorang ibu. hahhaha. ok. serius2, betul. jangan gelak kay. alkisahnya begini, aku ditugaskan (not really ditugaskan, i just felt it is my responsibility) untuk menjaga anak sedara kerana ibunya belum pulang ke kampung. hurm, anak sedaraku itu tidaklah kecik mana, seorang 7 tahun, seorang lagi 5 tahun, but amazingly both can read Quran Karim, they have finish iqra kay.dan kerja aku agak senang la jugak. tak de la susah mana. *menyedapkan hati. hehe* tp seriusly not that difficult. ada la ketikanya solat kurang khusyuk, solat cepat, etc2 tapi memikirkan mereka adalah the future generation, future leaders, mereka adalah pelaburan paling untung di dunia ni tau. eventhough they are not my own children, but remember we can contribute to it. who knows, only Him.

3. kerja, kerja, kerja, kerja, kerja, walau helaian bacaan quranku makin kurang, solat dhuha yang jarang dilaksanakan, akan tetap ku usaha untuk membacanya. :) sinarya ku temui kerja itu juga ibadah. sering kali kter berfikir seorang abid itu hanya menumpukan pada ibadah yang khusus, namun, ,realitinya, kerja itu juga adalah ibadah. silapnya aku pabilla sering mengasingkan istilah ibadah itu yang sebenanrya. selagi kerana Illah, selagi tidak melanggar syarak, selagi itulah ganjaran akan diterima, bukan semata-mata ibadah khusus seperti solat, zakat, dan puasa.kita tak pernah tahu apakah sebenarnya amalan yang mungkin menjadi bekalan kita di akhirat kelak. mungkin inilah amalan nya.wallhu'alam.hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

"melayan kakakmu juga boleh dijadikan amalan. hehe" kata kakaku yang masih bujang itu. ngeh. :P

4. Dari Abu Hurairah ra,  Nabi s.a.w. bersabda: " Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah kaan memudahkannya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya. (HR Muslim, Kumpulan Hadis Arba'in An Nawawi hadith ke 36)


when i remember this, it makes me stunt, biarla lebam2 satu badan, mata kuyu, demam, kerana aku percaya pada kata-kataNya walau tak nmpk balasannya sekarang, tapi aku yakin dan percaya akan tiba saat itu, waktu itu di mana pertolongan Dia akan tiba. :)

cukuplah dengan 4 sinar ini mampu menebus kekesalan itu. dengan ini, aku katakan ramadhan tahun ini adalah satu madrsah tarbiyyah yang paling unik sepanjang nafas dikandung badan. dan semoga dengan kekuatan dan kudrat yang masih berbaki, aku mampu meneruskan perjuangan ini dengan lebih kental, melawan hawa nafsu, syaitan yang direjam, untuk 11 bulan yang bakal mendatang.amin.

29 Ramadhan 1432H

p.s menulis post kali ini di kala waktu senggang dan hanya berjaya untuk publish pada hari ini, 6 Syawal 1432H

p.s.s andai masih ada masa yang berbaki sebelum meneruskan jihad, akan ku tulis mengenai raya. dan 20 skema jawapan itu. T_T

3 comments:

Nabilah Farhana Yahya said...

deejay, salam lebaran dari sahabatmu ini. semoga syawal ini dipenuhi dengan keberkatan daripada-Nya ye! :)
mohon maaf zahir & batin.

Leng Chai said...

:)
Selamat ari raya

humaira said...

@nabilah farhana dan leng chai

selamat hari raya jugak!
kullu a'min wa antum bi khair!
semoga berada dalam kebaikan sepanjang tahun. :)

FREE PALESTINE