[a rant]
Manusia itu punya hati.
Kadang-kala luka, kadang-kala berdarah, kadang-kala bernanah.
Manusia itu sensitif.
Andai ditegur, rasa tercabar.
Andai ditanya, rasa duka.
Manusia suka rasa superior.
Rasa hebat.
Tapi lupa.
Ada lagi yang lebih hebat.
Yang Maha Esa.
Jangan pernah terasa.
Walau berada di bawah.
Kerana begitulah manusia.
Hina.
Hanya seorang hamba.
Manusia itu suka berdengki.
Jika bujang, dengki pada yang sudah berkahwin.
Jika masih belajar, dengki pada yang sudah bekerja.
Jika masih belajar, dengki pada yang pandai.
Ahhh manusia.
Tidak pernah puas apa yang ada.
Terasa ingin ada semuanya.
Tidak bersyukur!
Manusia itu gopoh.
Ingin semuanya dalam sekelip mata.
Seperti ahli silap mata.
Mahu semuanya ada di depan mata.
Kadang-kala lupa yang gopoh itu syaitan.
Sakit hati.
Sakit dengan diri yang penuh dosa.
Sakit dengan perasaan yang memakan diri.
Sakit dengan sifat mazmumah yang sering kali kunjung tiba.
Kembalilah kepadaNya.
Kerana semuannya datang dari Dia.
Lupakah Dia itu jua Yang Maha Kuasa
Yang Maha Penyayang
Yang Maha Pemurah
Yang Maha Mengabulkan
Yang Maha Pengampun
Wahai dosa, pergilah dikau.
Wahai hati, kembalilah
Wahai diri, mohonlah padaNya
Wahai parut lama, jangan dibiar bernanah
Jangan dibiar berdarah lagi
Basuhlah ia dengan zikrullah.
Dear future me,
Whatever happens, keep calm, take a deep breath, smile and pray, dua'. All is well insyAllah. Stay positive and Allah knows best. It is just a test for you to become a better servant. Manusia yang paling tinggi disisi Allah adalah manusia yang bertaqwa. Thats the rank that Allah has put. Not because of your academic performance or your pangkat or your harta. but TAQWA. Ingat sampai mati!
Taqwa = berhati-hati seperti berjalan dijalan yang penuh dengan duri.. Be careful.
p/s Selamat hari raya! Taqaballahu minna waminkum. May Allah accepts our deeds.
No comments:
Post a Comment