Sunday, November 23, 2014

Hope



Berharap pada manusia, 
Manusia tidak mengerti.

Berharap pada manusia,
Manusia itu kompleks.

Berharap pada manusia,
Hati gelisah.

Berharap pada manusia, 
Jiwa merana.

Argh

Itu semua nafsu.
Syaitan.

Masakan syaitan akan diam tatkala anak Adam berusaha menjadi hamba yang taat.

Akhirnya, kembalillah pada Sang Pencipta.

Dia yang mencipta hati.
Dia yang memegang hati.
Dia yang membolak balikkan hati. 


Andai ditanya, tidakkah gelisah?
Tidakkah sedih?
Tidakkah cemburu?
Tidakkah.....
Tidakkah.......

Dusta andai dijawab tidak.
Kerana aku manusia yang lemah lagi hina.

Apakah daya aku.
Apakah kudrat yang aku ada.
Apakah boleh aku cari jalan keluar?

Kadang kala, aku tertanya. 
Apakah maksud semua ini? 
Aku cuba tapi sering kali tiada jawapan yang aku temui
Atau adakah aku pentingkan diri sendiri? 


Seribu satu persoalan kerana seribu satu diam membisu. 

Sudahkah kamu menemui jawapan?

Kerana aku buntu,

Hanya satu yang aku harapkan.

Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhaiNya. 




Mula tertanya-tanya apakah maksud semua ini.

Redefine the purpose of life.



Repost picture. Mohon terasa wahai diri. 


29 Muharram 1436
2324

No comments:

FREE PALESTINE