Dalam 3 hari, 2 teguran kematian.
Isnin lepas, sedang bedah buku dengan Kak Yanti, dalam satu bab tujuan hidup terbelek satu bait, 'Mati itu pasti'.
Hari ini, seorang pesakit menghembuskan nafas terakhir. Tidak berada di sisinya, tapi sempat melihat di sebalik tirai. Baru semalam ber-bedside tutorial pesakit tersebut. Harini sudah tiada. Orang kata, jadi doktor akan hadapi nasihat kematian berkali-kali. Tapi dalam masa hampir 2 tahun setengah berbumbungkan hospital, tiada satu pun kematiaan yang dilihat. Sehinggalah malam ini. Mungkin ini teguran dari Yang Esa.
Kematian itu boleh beri kesan positif. Juga negatif. Lihat pada siapa yang melihat.
Aku? Banyak lagi muhasabah.
Bila mana rasa ingin tahu tahu dan tahu yang meninggi, lupa menyusun yang mana lebih penting dari yang terpenting.
Sehingga lupa, akhirnya kematiaan yang menerjah.
Patut berhenti menjadi manusia yang inginkan kesempurnaan kerana ini dunia. Andai dunia sempurna, apakah itu syurga? Latih diri, tidak semua benda ada penjelasannya. Prioritise ilmu. Ilmu tuhan ini bagai air di lautan.
Belajar.
Demi masa, manusia dalam kerugiaan kecuali..........
91A
2020
15 Muharram 1437H