Baru sahaja berikrar untuk bermujahadah (refer to previous post), Allah terus menguji. Diuji dengan perasaan, diuji dengan relationship, diuji dengan istiqamah etc Allahu, benarlah syurga tuhan itu mahal. Papa selalu pesan, Allah kata, ingat syurga Aku itu murah, huh? *tampar diri sendiri*
Baru 2 hari, beratnya hati dan diri diuji. hurm.
Alhamdulillah semalam sempat bermujahadah ke padang, menunaikan hak badan yang tertangguh berbulan lamanya. Namun, ujian itu datang bertubi-tubi. Hurm
Mami pernah berpesan, tengok pada perkara yang Allah bagi. Ya, ujian itu datang, tapi Allah itu Maha Penyayang.
Ada benarnya, malam itu, ada orang berkongsi ayat. Surah Al-Ahqah, ayat 13-14, berkaitan ciri-ciri penghuni syurga. Dia mengaku tiada tuhan melain Allah, Allah itu Rabbnya, tidak risau dengan apa yang akan berlaku dan tidak sedih dengan apa yang telah berlaku. dan dia taat pada kedua ibu-bapanya.
Allahu.
Peringatan buat diri.
Walau apapun yang berlaku, kembali kepada tuhan.
Jangan bersedih hati, jangan terlalu risau.
Ada benda yang luar dari kawalan.
Ada benda yang telah berlaku.
Letakkan kepercayaan kepada Dia, Yang Maha Esa.
Dia, yang memegang hati manusia.
Buat apa yang patut anda lakukan.
Apabila seorang pemuda bertanya kepada Imam Hasan Al-Basri :
"Aku telah banyak melakukan maksiat,mengapa aku tidak dihukum oleh Allah?" Lantas Imam Hassan Al Basri bertanya kembali kepada pemuda itu..
"Apakah setiap malam kamu bangun tahajud?"
"Tidak." ujar pemuda itu.
"Itulah hukuman kamu yang seberat-beratnya.Tiada hukuman yang lebih perit jika Allah telah berpaling darimu. Dia tidak lagi mahu "berbicara" dan "mendengar bicara " darimu, dibiarkan lena itu panjang padamu..
"Cukuplah Allah swt menarik nikmat dan kelazatan tahajud dalam dirimu itu sebagai hukuman kepadamu"
Allahu rabbi. :(
Bertaubat.
Kembali kepada tuhan, wahai diri.
Have faith in Him and him.
ان الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا فلا خوف عليهم ولا هم يحزنون
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 46;13
اولئك اصحاب الجنة خالدين فيها جزاء بما كانوا يعملون
Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. 46;14
Jom Mujahadah! p.s lukisan ketika di International Dinner yang lepas. Melayan perasaan. huhu. |