Saturday, July 5, 2014

of ibu bapa, mami papa



Assalamualaikum and hi!

Trying hard to wrote in malay after almost 4 weeks stuck with international people and rarely got a chance to speak malay except when calling home or bebel sorang-sorang. hehe. lets do this!

Diary otho lagi. hehe. Harap bermanfaat :)

Alkisah di Klinik Tulang 1.0.

Kisah 1

Seorang anak perempuan menolak wheelchair ibunya yang berumur 91 tahun ke klinik untuk pemeriksaan. Presenting with recurrent fall. And history of osteoporosis, dementia, arthritis and partially deafness.

Lama aku perhatikan gerak geri anaknya. Dengan sabar ulang satu persatu apa doc kata dekat ibunya.

Lama setelah pemeriksaan ibunya, anaknya beritahu, "5 years ago i have knee joint problem too, and back pain"

Doc tanya, did u know you have a high risk of getting the same problem like your mum?

Lalu dia menjawab, yes i do. I am fully aware of that. But Mum always come first. I will check it later. Don't worry, doc.

*mata berkaca*

Serious rasa macam nak nangis dekat situ. Kerana kata-katanya ikhlas dari hati. Apabila seorang itu bercakap dari hati, yang mendengar jua akan terasa di hati. Dan Allah itu jua yang memegang hati manusia.

Satu muhasabah buat diri.
Sedangkan Rasulullah ulang tiga kali 'your mother'. Sayangilah ibu bapa anda. * a self reminder*

Kisah 2

Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an datang berkerusi roda dan ditolak oleh sahabatnya ke bilik rawatan.
Present with fracture leg due to car crash for 2 days.

Maka, bermulahlah sesi soal jawab. huhu.

"Macam mana boleh kemalangan?"
"Ada seorang wanita melintas jalan, saya masa tuh terlaju dan untuk elak saya terlanggar 'divider' dan kaki saya tersangkut di pedal. Saya ada dua orang anak dibelakang. Saya pusing dan tengok muka anak saya penuh darah. Darah dari bibirnya, mungkin dia tergigit bibir. Saya panic dan tanpa menghiraukan kaki, saya cuba dapatkan anak-anak saya"
"Sekarang kaki rasa sakit? *do you have pain at the moment*?"
"ya, ada"
"cukup untuk membangunkan kamu pada waktu malam?"
"hurm, saya tak tidur untuk 2 hari dah. masih terbayang-bayang kemalangan itu. Saya tak kisah kaki saya, saya risaukan anak-anak saya"


dalam hatiku menangis, T_T demi anak, kesihatan sendiri dihiraukan. demi anak. ye demi anak.. kasih seorang ayah. 

and yesterday I forgot to call home. :'(

Firman Allah (a.w): ' ... Janganlah kamu sembah kecuali Allah (a.w) dan kepada kedua ibu bapa kamu hendaklah kamu berbuat baik (kepada mereka) ...' [Ayat 83, Surah al-Baqarah]
Firman Allah (a.w): ‘Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah (sebagai Tuhanmu) melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu; maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar atau kesat dan meninggikan suara) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi berkata-katalah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (i.e. suara yang lembut serta bersopan santun dan kata-kata yg baik-baik).] [Ayat 23, Surah al-Isyrak]




Apt 15
8 Ramadhan 1435H

3 comments:

Leng Chai said...

haha rajin ko post diari ni.
btw, kat klinik tu mmg ko la yang amek hx? ke ko tgk dr amik hx?

humaira said...

rajen pulak ko bace. hahah.
dua-dua aku buat. tengok dr ambik history and aku sendirik ambik history. depends on berapa orang patients harituh. kalau ramai, aku tolong bahagian technical i.e pasang xray or panggilkan patient. kalau tak ramai, aku ambik la history. tp ortho tak banyak soalan related untuk ditanya pon.

Leng Chai said...

kalau ko tlis panjang2 ni mmg biassa aku x baca sangat pon haha

FREE PALESTINE