Saturday, June 13, 2009

My Wishlist 1


"saya nak coklat tenaga qiamulail, yang diadun dengan krim solat hajat, bersama karamel solat taubat, ditambah dengan kacang tilawah al-Quran"



"ilmu itu adalah cahaya. dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap" Imam as-Syafie

iman adalah mutiara.
di dalam hati manusia.
yang diyakini Allah.
Maha Esa
Maha Kuasa.--raihan--

apa khabar iman hari ini??
hatiku bagaimana??
cerah ke gelap??
sihat??
bagaimana nak belajar kalau gelap??
pasangla lampu, adek oi. heheh






humaira, terangilah hati dengan banyakkan Zikrullah, baca AlQuran, doa dan baca AlMathurat.
insyaAllah, hati akan menjadi tenang. amin.

p/s jangan berhenti berharap padaNYA. setelah kamu berusaha, bertawakallah.

Thursday, June 4, 2009

kisah lampu isyarat


salam.

ini kisah benar, tapi watak2 tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. heheh

alkisah bermula..
tempat : Kota Bharu, Kelantan
di dalam kereta Myvi SE hitam,
(ada si mama dan si papa) dalam perjalanan ke lapangan terbang.

memandangkan sudah lambat, papa memandu laju sehingga di persimpangan jalan.

eeeeeeeeeeeeekkkkkk. kereta berhenti.


lampu merah.


tp tiada kenderaan di mana-mana simpang.


menanti


dan



menanti.


bermulah dialog

mama : keng baguh kalu ado sensor. ni dok, keno tunggu lamo. ketho buke ado pon kat jale tu
(kang bagus kalau ade sensor dkt lampu isyarat tuh, ini tak, kena tunggu lama. kereta tak da pun kat jalan tuh)


papa : ...............diam........



lampu hijau.



si papa memandu lagi.



memandu



dan memandu



80km/h



90km/h




100km/h




tiba2.....(di persimpangan jalan lain)



mama : eh, hija tuh, cepat2. tok tuka2 lagik tuh, de sero. (eh, tuh lampu hijau, cepat2, tak tukar lagi, sempat rasanya )


maka si papa pun menekan setekan-tekannyer pedal minyak. dan............



110km/h



120km/h




mama : puh, sempat ruponyo. naseb tak dop keto depe. mujo hija dio lamo (puh, sempat rupanya, nasib tak der kereta di depan, nasib lampu hijau lama)


papa tersenyum memandang mama. senyuman yang penuh makna. lalu papa berkata



papa : nasib tiada sensor ye kali ni, klu tak mesti kena tunggu lambat lagi.

ops, mama tersengih-sengih.




manusia tak pernah puas dengan apa yang ada.


fitrah manusia inginkan kemenangan yang segera.


tanpa disedari, kita lupa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



asyik mengingatkan orang lain, ingat untuk diri sendiri juga!


badan perlu makanan rohani jua!

(ni asyk dok make nasik jah.. hok dale tuh pon nok jugok.. hehhe =3)



pengajaran 1 : sabar
pengajaran 2 : belajar dari apa yang berlaku
pengajaran 3 : syukur apa yang ada
pengajaran 4 : tgk sesuatu dr perspektif yang berbeza
pengajaran 5 : Allah sayang kita!


p/s di Kelantan, kebanyakkan lampu isyaratnya, tiada sensor