Friday, December 18, 2009

kamu adalah kamu



salam, semua.

lama meninggalkan blog ini bersawang. masih adakah yang sudi membaca?? huhu. almaklum blog ini hanya sekadar mengisi ruang yang kosong. dari tidur memanjang, ada juga faedahnya menulis di sini. bak kate orang "generate otak skit" heheh. asyik di selimuti nafsu tidur.. baik juga berfikir.

baik! dari duduk membebel. jom buka topik! sudah lama memikirkannya, tidak kesampaian mahu kongsi dengan semua. pernah berbincang dengan beberapa kawan, ada yang kurang berstuju dengan pendapat ini. apa pula pendapat anda?

kisah 1

seorang sahabat datang, lalu berkata; " wey, ader org kater aku ni garang tp ........ camner tuh?? aku kner wut aper doh??" aku diam dan tersenyum.

kisah 2

sedang berchatting dengan rakan lama, tiba seorang sahabat mengadu, " **, tul ker aku ni tak cukup sopan santun?? tp aku baik kan, **? " aku menjawab, " ye, kawan. kamu sngt baik"

kisah 3

kali ini, junior pula menghntr msg, " akak, sy ni otai. Camner nk dakwah klu camni. kang nnt org kate saya bw ajaran sesat lak". aku senyum lagi.

kisah 4

adik sendirik. di library, "sis, concious arr. ppl keep on staring, tau la tinggi, jngn arr tgk camtuh. seriously, tak sker. n bla bla bla." (conversation tak henti sampailah ke masjid) bro, i feel da same thing, so chill2. we r in da same boat.

oleh itu, apa pandangan anda? salahkah menjadi seorang yang garang?? salahkah seorang gadis menjadi otai??? salahkah seseorang itu tinggi?

---------------------ini pendapat saya, mungkin berbeza dari anda-------------------------

ringkas. tidak salah menjadi seorang yang garang asalkan tidak memecahbelahkan ummat, tidak salah menjadi seorang yang otai selagi mana tidak menyerupai lelaki, dan tidak salah menjadi seorang yang tinggi kerana itu kurniaan tuhan.

jom lihat sejarah nabi dan para sahabat. 4 orang sahabat yang mempunyai perangai yang berbeza. khalifah umar terkenal dengan kegarangannya, khalifah abu bakar dengan budi bahasanya, khalifah othman dengan sifat pemalunya dan khalifah ali, pula dengan sikap rajin mencari ilmu. walau berbeza, tetap sahabat nabi, tetap dakwah berjalan.

analoginya cukup mudah, tidak bosan kah dunia ini andai semuanya mempunyai perangai yang sama? tidakkah seperti robot atau patung yang dikawal manusia? di'set'kan sama sahaja. jika angguk, bermaksud "ya". tidakkah bosan sebegitu??

cantiknya ciptaan Ilahi. berbagai ragam manusia. tidak semestinya anda harus berubah menjadi seperti orang lain kerana anda sendiri mempunyai keunikan tersendiri yang tiada pada orang lain. kita berbeza pendapat, perangai namun fitrahnya semuanya sama, mencari keredhaanNya. nasihat saya, haruslah berhijrah kepada yang lebih baik, [sempena tahun baru ni. ^_^] namun, andai sikap dan perangai anda tidak menyalahi syarak dan tidak bertentangan dengan agama dan tidak menimbulkan fitnah, apa salahnya kekal dengan sikap itu, yang penting buangkan jahiliyah, tambahkan tarbiyah.

so,wahai sahabat, kawan, junior, adik, just be yourselves! [selagi tidak salah] ^_^

lastly, sayonara jahiliyiah! [perlukan bantuan anda. tlng saya yer. kerja ini bukan kerja mudah]
salam maal hijrah. setahun sudah berlalu, selangkah ke arah kematiaan. hijrah Rasulullah untuk menyebarkan dakwah. hijrah kita hijrah rohani, hijrah emosi,. namun tujuannya sama. untuk mendapat keredhaanNya.






p/s sifat ego camner pulak?? =)