Thursday, July 18, 2013

oh nenekku!

ini kisah tarbiyah awal Ramadhanku di perkampungan.



Alunan Al-Quran

Seminggu berada di sini. Sebelum bulan itu. Rentaknya tetap sama malah lebih rancak lagi
Umur yg makin dimamah usia bukan penghalang
Bagaimana aku?
Sibuk? Ah alasan.
Nenekku bukan seorang abid
Tempahan kuih muih kelantan sekali sekala menjengah
Kadang kala terima kadang kala tolak
Namun alasannya bukan kerana ibadah
Tetapi kerana keuzuran
Di sebalik kesibukan, solatnya tetap berimam, alunan itu tetap berkumandang
Biah solehah aku katakan


Bertongkat

Solat rawatibnya usah dikira
Semua dibuat
Walau terpaksa rukuk sujud di kerusi
Masih gagah mengorak langkah
Subuh terawih semua di masjid
Di kala aku ada, solat fardhunya tidak pernah bersendirian
Nenekku bukan seorang abid

Sayang suami jangan ditinggalkan

Sedang asyik memasak untuk berbuka
Sering kali terdengar ungkapan
"Tok we suka makan ni"
Aku hanya senyum kelat
Mengenangkan datuk yang makin lupa sejak setahun yang lalu
Namun sayangnya si isteri tetap tidak berbelah bagi
Setianya dia setiap hari memandikan, menyedia juadah bersahur, menyapu ubat,  melayan kerenahnya yang makin hari makin keanakan
Dan Aku masih dibuai mimpi :(

Sibuknya dia

Sibuknya dia dengan anak yang 11 ramainya
Masing-masing keranah berbeza
Cucunya pula berpuluh-puluh
Cicitnya usah dikira
Namun dia masih gagah
Kuih dibuat kadang untuk tempahan 
Kadang kala untuk besan 
juga untuk anak dan menantu

Kata kata hikmah

Tiap butiran bicara ada nasihat dan teguran
"Tadi tambah tepung, keras skit"
"Jangan buat untuk tuk tua macam ni"
Bila bawa kereta, selalu disebut "tawaka alaAllah"
Datukku pula walau ingatan makin berkurang
Kata-katanya tetap terkesan
Fav quotation "lillahita'ala" "maaf"
Entah apa salahnya, perkataan maaf itu tetap ringan dibibir
Walau anak dan cucu sendiri dia lupa, namun perkataan maaf itu jua penyejuk jiwa
Tiada apa yang perlu dimaafkan, wahai datukku
Kami mengerti
Hari demi hari ditempuh. Sakitnya tidak seperti yang lain.
Dia masih gagah berjalan
Masih gagah juga makan
Suka betul pada ais krim hehe
Nasi dan ais skirm pun jadi lah

Kaya dengan bahasa dan lawak jenaka

sedang asyik menyiapakan juadah untuk berbuka di dapur, Tok Che berteka-teki dengan ku, teka teki lama.


Che yoh jolok che te
Che te jolok che teh
Che teh gelak he he

Jawapan: Api, periuk hitam, nasi

Alif wa tersebut
Alif lam terkurung
Dalam alif lam ada dua ayat
Israil dan ayat kursi

Jawapan: Sabut, tempurung, air dan isi

yang pasti, tiada satu pun yang aku dapat teka. haha.
satu lagi yang menarik tentang dia yang sudah makin lanjut usia adalah analogi/kiasan

seperti ini:

Juruh mace tho ma' ninoh
Juruh mace permaidani

Ilmu

Nenek ku bukan berijazah tinggi
Kahwin seawal 15 tahun
Namun pengalaman hidupnya tinggi menggunung
Ulam itu dan ini semua dia tahu
Ulam sambung nyawa sedap katanya
Dicicah budu
Lengkuas dikeringkan dan boleh simpan lama- petua katanya
Perkataannya disusun elok
"Leik" "
Bahasa kelantan sejati masih lekat dimulut

Geng mengusik

Kakakku tinggal di sini
Walau sudah bersuami
Apakan daya kerja memisahkan mereka
Namun antara aku dan dia,
Nenek lagi suka bergeng dengan aku
Menyakat kakak
Mencipta misi
Berlawak jenaka
Mungkin kerana aku lebih muda
Mungkin juga aku jenis melayan
Atau mungkin juga kerana aku belum bekerja
Belum melihat reliati hidup yang kejam
Masih belum matang mungkin?
Senyum





Luahan rasa jiwa sang cucu buat Tok Che dan Tok We
3 ramadhan 1434H