Friday, June 10, 2011

"bila jumpa senior, jgn lupa beri salam, sekali dngn nama ye"

assalamualaikum wbt,

tetiba merindui bahasa ibunda. apatah lagi bila tengok tennis french open final antara nadal dan federer. lagi rasa bangga dengan bahasa sendiri. apa kena mengena tennis dengan bahasa? alkisahnya, masa majlis penutup pertandingan tersebut, pemenangnya iaitu rafael nadal (seorang berbangsa sepanyol) berucap dalam bahasa sepanyol dan diterjemah ke dalam bahasa perancis. tiada langsung diterjemah ke dalam bahasa inggeris. aku yang menonton pon tergapai. sabar je la oh ya, naib johannya pon sama, roger federer (bangsa swiss) berbahasa perancis (salah satu bahasa komunikasi mereka di sana).hurm, jauh sekali aku menolak penggunaan bahasa inggeris, cuma kadang-kadang terkilan, bahasa melayu dipinggirkan. kalau baca berita ni, lagi rasa terkilan.
http://www.nst.com.my/nst/articles/Englishshouldbetaughtexclusively_DPM/Article/art_print

haish, lari topik dah ni. ok. jom, kembali pada jalan yang benar!! yosh!!

seperti yang tertera. tajuk hari ini, "bila jumpa senior, jgn lupa beri salam, sekali dngn nama ye"

hurm,tidak ku pasti di sekolah asrama lain bagaimana. namun, itulah situasi di sekolah yang ku puja selama ni. huhu, dari zaman muda remaja kepadalah menjadi kakak paling tua, itulah yang sering didengari. bila muda, si kakak berkata, (bahasa pasar ye)

"korang kalau jumpa senior, jgn lupe beri salam, sekali dngn nama penuh senior tuh skalik ye"
"eyh, awak, form 1 kan, asal tak beri salam?"
"ingat nama senior-senior tak, ni? sekali dngn nama ayah sekali ye"
............seniority (google translate kata dalam bahasa melayu kekananan. cam pelik je)


bila dah tua, itulah yang diulangnya. tapi pelik kan, 5 tahun menjadi budaya hidup di sekolah, namun, apa yang diamalkan tu tak pernah lekat apabila sudah dewasa. tak pernah diamalkan di luar sekolah. hanya di sekolah. itu pun belum tentu dengan kerelaan. ntah-ntah jauh di hati penuh dengan sumpah seranah.tuhan je yang tahu,

itu kisah dahulu. ini kisah sekarang.

di bumi, yang majoritinya beragama Kristian, suasananya berbeza sekali. peluang hendak memberi salam kepada orang jalanan amat sukar sekali. almaklum kiri dan kanan, depan dan belakang, semuanya orang bukan Islam. namun, beberapa kali hal ini terjadi

situasi 1
di depan perpustakaan, bertembung dengan seorang wanita Pakistan. beliau memberi sekuntum senyuman lalu  memberi salam dan terus berlalu pergi. hanya ucapan salam yang terungkap.

di sini: "hi" dan berhenti ketika untuk bergosip. "terbaik"

situasi 2
di tengah pekan yang penuh dengan manusia. "assalamualaikum" kedengaran suara lelaki memberi salam. melayukah?? lalu ku pusing. lelaki berkulit hitam hanya memandang dan berlalu pergi. aku yang terpinga.

di sini: lelaki di jalanan takala melihat gadis melayu melintas, "assalamualaikum, tak jawab dosa" atau "assalamualakum, tak jawab dosa, jawab sayang" atau "assalamualaikum tak jawab dosa, jawab gatal" atau......

situasi 3
di surau, sering kali ada yang keluar dan masuk, ada juga yang hanya masuk untuk meletak barang. namun tak pernah lepas di mulut mereka ucapan "asslamualaikum" kepada jemaah yang sudah berada di dalam surau

di sini: harapanlah melihat suasana seorang makmum bertegur sapa dengan makmum yang lain, lebih-lebih lagi kalau tak kenal.. ada tapi jarang sekali.

alangkah indahnya, suasana salam itu menjadi satu kebiasaan dalam hidup.

hadith dari Imran ibn Hussin ra yang berkata telah datang seorang sahabat lelaki kepada nabi salallahualaihiwasalam lalu memberi salam dengan berkata : Assalamualaikum maka di jawab oleh baginda lalu sahabat itu pun duduk dalam majlis baginda maka bersabdalah nabi salalallahualaihiwasalam : “Sepuluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain lalu memberi salam : Assalamualaikum warahmatullah maka dibalas salam tersebut sambil baginda bersabda : “Dua puluh” . Kemudian datanglah lagi sahabat yang lain : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh lalu dibalas salamnya oleh baginda sambil bersabda : “Tiga puluh iaitu ganjaran pahala sebanyak tiga puluh kali ganda” (hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5195 dan Tirmidzi no. 2689).

ustaz hasrizal dalam ceramahnya baru-baru ini yang bertajuk ibrah al-kahfi (klik untuk melihat ceramah beliau)ada menyatakan bahawa untuk berubah bermula dengan langkah pertama iaitu diri sendiri. jom sama-sama kita amalkan!




teddy hospital, terkumpulnya kanak-kanak yang penuh dengan perasaan ingin tahu.walau bukan Muslim, namun mereka  tidak berdosa.- hadir daku di situ sebagai volunteer doctor teddy bear. hehe. dan juga sebagai dai'e

buat adik-adik di sekolah yang akak sayangi, ambillah yang jernih, buang yang keruh, teruskan budaya salam sesungguhnya besar pahalanya. [bahagian hafal nama tuh, ada hikmahnya. ^-^] buatlah dengan rela hati, dan nasihat buat akak-akak senior tuh, untuk mencipta gaya hidup yang sihat, ada caranya. :)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

4 comments:

Nabilah Farhana Yahya said...

salam.
menariklah post kali ni :)
thanks for sharing :D

humaira said...

@nabilah farhana yahya,
thanks! tetibe teringat zaman sekolah dulu. hehe. :)

Leng Chai said...

haha da abes exam baru aktif balik blog ko... ohye ko pon da tgk tennis da?

humaira said...

@leng chai
hahah. ey, ade satu post aku time minggu exam kay. hehe. tak sempat2 arr nk blogging. ade je idea. tp tak tertulis2. insyaAllah akan cube ble ader mase. btw, aku mmg tgk tennis sejak kecik. cume tak de la fanatik sngt.ikut mood nk tgk. n tgk dngn family pon. tak penah lagk ar tgk sorang. lols.

FREE PALESTINE