Tuesday, August 27, 2013

Ibu, Mak, Mama, Mami, Bonda, Mom,

Assalamualaikum and hi!
I have actually wrote this post in my ipod. but i lost it. So, here it goes. rewrite it all over again. *sigh* never mind. This is actually good. Keep me busy. hoho.

It was last month. On the way back from picking up my brother at the airport. I was sleeping and my mum was driving. My brother tried to stay awake to accompanied her. It was a 2 hour journey during fasting month. So, you know how tired it is. hehe. *alasan =P*

it wasn't long before I was suddenly woke up. Kinda weird when a sleepyhead can wake up by herself. LOLS. *my brother-in-law keep on teasing me about this. oh, not just him, but the whole family!* it is in my gene you know. hahaha. Forget it. Back to the story. After I woke up, I don't know why, it was inside me saying, 'go and offer to drive' and yeah, i did that. I drove home and my mum fell asleep at the back of the car. *gee, i didn't know she was so sleepy. Lucky I made that decision.

When we arrived home, we have this kind of conversation. between me and my mum.

Mom:     thank you for driving home
Me :       no problem. I didn't know you are that tired. I would offer it earlier
Mom :     you didn't know? *ask with a curious face*
Me:        yah, I didn't know
Mom:     so, why do u offer to drive?
Me :     oh well, just feel want to drive. hehe * plus, it is a new car, haven't got a chance to drive that yet*
Mom:   Wow. DId you  know, before you wake up, I was thinking to ask you to drive. Just inside my head. 
Me:        well, your wish has been granted by Him, the Almighty, Mum *grin*
Mom:      I should be careful of what I wish for 

End of that story. This is not the first time. There are several episodes of this, not just between us but between my other siblings too.I watched with my own eyes. Indeed, mother's prayers are powerful. The famous Si Tenggang story is not just a story.  It is a story with full of moral and advice. To be more real, just sit down and have a nice talk with your mum. Then you will know what is inside her heart and try to link with couple of events. If you still don't believe, read this story, sirah at the end of this post.  *malay la tapi and agak panjang but meaningful* 

My advice my dear friends and readers: Do good to your parents as long as they are still alive and be dutiful to them as long as not against the religion. Be patience. 

May Allah bless you!

ini belum jadi mak. ini orang berlagak jadi mak. haha. one day, sister, one day. amin. 


The seerah ----------

Juraij Al-Abid adalah salah seorang ahli ibadah yang soleh di kalangan Bani Israil. Awal mulanya dia adalah seorang pedagang, kemudian dia meninggalkan perdagangannya dan cenderung kepada ibadah. Dia membangunkan sebuah tempat ibadah untuk beribadah kepada Allah di dalamnya. Dia beruzlah dari manusia, dan inilah rahbaniyah di mana Allah dan Rasulullah melarang kita untuk menjadikannya sebagai cara hidup.

Juraij mempunyai seorang ibu yang solehah. Pada suatu hari si ibu datang untuk mengunjungi anaknya dan ingin berbincang dengannya. Si ibunya datang dan memanggilnya. Pada ketika itu dia sedang solat, maka dia lebih mengutamakan solatnya daripada menjawab panggilan ibunya.

Esok harinya ibu mengulangi panggilannya, begitu pula di hari ketiga. Nasibnya pada kali kedua dan ketiga tidaklah lebih baik daripada nasibnya di kali pertama. Kerana itu ibu Juraij marah, lalu dia berdoa atasnya dan Allah mengabulkan doanya. Ibu Juraij berdoa agar Allah tidak mematikannya hingga menjadikannya melihat wajah pelacur.

Allah telah menyiapkan sebab-sebabnya dengan mengutus seorang pelacur untuk merayu dan menggodanya. Penyebabnya adalah bahawa Bani Israil cemburu dengan kebaikan dan ibadah Juraij. Maka wanita ini begitu meragui Juraij, kesolehan dan ketaqwaannya. Dia yakin  bahawa jika dia yang merayunya, maka Juraij akan bertekuk lutut dan jatuh seperti yang lain. Wanita ini begitu percaya diri dengan alasan kecantikannya dan berdasarkan hadis disebutkan bahawa mereka telah memilih wanita ini kerana kecantikan dan kemolekannya. Orang-orang yang terjerumus ke dalam lumpur kenistaan mengira bahawa semua manusia adalah seperti yang mereka kenal. Mereka tidak menyangka bahawa di antara manusia terdapat hamba Allah yang menjauhi kenikmatan dunia yang hanya sementara dan tidak abadi, juga bahawa terdapat di kalangan mereka orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang terpelihara sehingga tidak terjerumus ke dalam kenistaan dan perbuatan keji.

Di antara mereka adalah Nabiyullah Yusuf As. yang menjadi tauladan dan Al-Qur'an telah menyampaikan kisahnya. Lalu si Juraij yang digoda oleh wanita pelacur itu langsung tidak dipedulikannya, tidak tergoda dan terus khusyuk dalam ibadah dan solatnya, seolah-olah dia tidak melihat dan menyaksikannya.

Si pelacur itu amat kecewa dengan tindakan Juraij yang tidak tergoda dengan pujuk rayunya. Sekarang, dia pulang dengan tangan kosong. Keinginannya gagal dan impiannya kandas. Dengan itu, si pelacur telah mengambil keputusan untuk tetap menfitnah Juraij. Ini karena dia telah berjanji kepada orang-orang yang memperkatakan kebaikan Juraij agar ia memfitnahnya dan menjerumuskannya ke dalam pelukannya.

Oleh sebab itu, dia membuat rancangan besar terhadap Juraij. Wanita ini telah pergi kepada seorang penggembala yang menginap berhampiran tempat ibadat Juraij. Dia menginap bersamanya dan berbuat onar dengannya. Hasilnya, dia hamil. Dan apabila bayi itu dilahirkan, dia mengatakan bahawa bayi itu adalah hasil perbuatan Juraij ahli ibadah.

Juraijlah pelaku perbuatan buruk ini. Ini bererti Juraij beribadah secara dusta, kebaikannya hanyalah sekadar pemanis yang palsu. Betapa sedih dan marahnya orang-orang kampung kerana mereka percaya kepadanya atas kebaikan, ketaqwaan dan keteguhan beragama, kemudian ternyata sebaliknya. Orang-orang yang mereka percayai hanya serigala berbulu domba atau musang berbulu ayam untuk menipu orang-orang bodoh. Maka, mereka pun menentangnya, sebagaimana orang-orang yang memperlakukan rahib yang diceritakan oleh Salman ketika dia mengambil dan menimbun harta sedekah mereka. Mereka menyalibnya setelah dia mati dan menolak menguburkannya.

Penduduk kampung mendatangi Juraij dengan kemarahan yang memuncak di hati. Mereka meminta Juraij turun dan meninggalkan ibadah dustanya. Tetapi Juraij tidak menghiraukan panggilan mereka kerana dia terus larut dalam ibadah dan solatnya. Pada saat itu dengan segala kelengkapan yang ada mereka merobohkan tempat ibadat Juraij. Melihat keadaan itu Juraij pun keluar untuk menemui mereka. Akibatnya, mereka telah memaki dan memukulnya.

Ketika Juraij bertanya tentang alasan kemarahannya, mereka menceritakan tentang perbuatan Juraij. Mereka meminta agar Juraij bertanya kepada wanita yang telah mengakui apa yang dia akui itu. Juraij tersenyum mendengar ucapan mereka. Dia benar dalam ibadahnya, jujur dalam istiqamahnya. Dia yakin tidak melakukan seperti tuduhan mereka. Tuduhan wanita hina itu hanyalah dusta yang terbuka. Juraij meminta kepada orang-orang yang marah agar memberinya peluang untuk berwudhu dan solat sebentar. Selesai solat dia mendatangi bayi yang baru dilahirkan beberapa jam atau beberapa hari. Juraij menusuk perutnya sambil bertanya, sementara orang-orang terdiam, "Siapa bapamu?"

Sebuah ayat Allah yang menunjukkan kepada-Nya dan kepada besarnya kudrat-Nya, bayi itu berbicara dengan suara yang terdengar, ucapan yang jelas dan difahami. Bayi itu menjawab, "Bapaku adalah fulan pengembala kambing." Orang-orang menyedari besarnya kejahatan mereka terhadap seorang hamba soleh. Mereka mengetahui bahwa Juraij tidak termasuk dalam tuduhan itu. Juraij bukanlah seorang penipu, dia benar dalam ibadah dan kesolehannya, dan bahwa wanita inilah yang telah berdusta dengan menuduh Juraij. Mereka menyedari bahawa mereka telah terburu-buru mempercayai tuduhan itu, sebagaimana mereka telah memukul Juraij dan merobohkan tempat ibadatnya. Orang-orang itu rasa bersalah pada Juraij. Mereka menawarkan kepadanya untuk membangunkan tempat ibadahnya dari emas atau perak tetapi Juraij menolaknya. Dia meminta supaya tempat ibadahnya dikembalikan dengan tanah seperti sedia kala. Mereka melakukan seperti yang diminta Juraij. Setelah selesai Juraij masuk kembali untuk beribadah kepada Tuhannya.

Allah telah memakbulkan doa ibu Juraij pada Juraij. Akan tetapi Allah menyelamatkannya dengan kesolehan dan ketaqwaannya. Terdapat dua pelajaran yang berharga pada dikabulkannya doa ibu Juraij dan selamatnya Juraij.

(Kisah diatas diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim dalam sahihnya dari Abu Hurairah. Hadis di dalam Sahih Bukhari dalam Kitab Ahadisil Anbiya’, bab firman Allah, "Dan sebutlah Maryam dalam Al-Kitab." (QS. Maryam: 16), 6/476, no. 3436. Dan diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Bir Was Shilah, bab mendahulukan Birrul Walidain di atas solat sunnah, 4/1976, no. 2550.)

No comments:

FREE PALESTINE