Sunday, September 20, 2009

ia sudah berlalu.dan dia pula datang.




salam semua.

pukul 1.00 pagi, ahad,di rumah dengan ditemani bunyi mercun yang tak reti nk berhenti.

sayu. ntah mengapa. adakah kerana ia telah pergi? atau kerana beraya tanpa kakak di sisi. ngeh2.
(maaf, saya mmg tak tau nk serius)

besok raya.silap2. arini raya. semalam puasa.
______________________________________________________________

ye, hati saya sungguh sayu. satu madrasah tarbiyah telah tamat.
dan kata-kata itu terngian-ngian di fikiran. sedih.
sudah cukup tabiyahkah aku?
sudah taqwakah aku?
hatiku bagaimana?
masih adakah ia pada tahun hadapan?

ini refleksi ramdhanku tahun ini. agak berbeza dari tahun sebelumnya.

  • 1 ramadhan 1430H
- berpuasa di kolej
- ujian IELTS
- rakan2 ramai dah balik
  • minggu pertama
- puasa di rumah (assignment macam biasa, tak penah tiada)
  • minggu kedua
- kembali ke kolej
- bermulalah malam tanpa tidur kerana math ia (ditangguh pula datelinenyer)
-keputusan placement sudah keluar. Alhamdulillah, aku redha dengan ketentuanMu
-keputusan mock interview dari MABECS juga turut diketahui, seseungguhnya semuanya adalah dariNYa. special thanks to Mummy,Papa, Sis Dati, Bro Muhammad, Kak Huda, n semua yang terlibat.
-dan keputusan IELTS pun telah diterima. syukur kepadaNya.
-academic day, kata2 dari guru menjadi perangsang(maaf,kami masih budak sekolah! guru bukan lectures yer.)
- hujung minggu, berbuka puasa bersama-sama doktor2/konsultan/specialist/sang murobbi/daie2 di Pusat Bersalin Barakah, Klang, -pengalaman berharga, huhu
-bertemu mereka!
-berbuka puasa bersama rakan sekelas di luar, + konflik dalaman. huk2.
  • minggu ketiga
-sekali lagi malam tanpa tidur untuk math ia
-businees IA, wolrd lit, dipulangkan kembali, dan bermulalah misi membaikpulih
-majlis berbuka puasa besar-besaran
  • minggu keempat
-kehilangan cermin mata + hp
-berpuasa di rumah
-assingment macam biasa
  • 29 ramadhan 1430H
- sebelum asar, laptop tidak dapt dibuka a.k.a. crash!!
(dengan ini saya mengumumkan bahawa, saya tiada laptop untuk sebulan.)


tambahan.
-cuba bangun di tgh malam pada setiap malam, tp tidak berjaya hanya beberapa mlm jer.
(tiap2 malam tidur lambat, gara2 assignment) adei.
-konflik dalaman makin bertambah saban hari. muhasabah diri. saya manusia.
-hati.

secara keseluruhan, masa banyak ditumpukan kepada tanggungjawab seorang pelajar.
namun, jika difikirkan kembali. Islam is the way of life. belajar itu juga sebahagian daripada suruhan agama. semuanya adalah keranaNya. jangan sekularkan fikiran!!





semoga amalan yang dilakukan di bulan itu akan terus dilakukan di bulan2 yang lain juga.

p/s banyak juga masa diluangkan untuk berfikir.

DIA DATANG.

ye, dia datang. syawal sudah menjelma.
saban tahun, perasaan untuk menyambutnya sering berbeza.

walau apapun, di kesempatan ini, ingin saya ucapkan

selamat hari raya aidilfitri 1430H
eid mubarak.
taqabalallahuminnawaminkum.
semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu.





maaf dipinta andai penah kasar bahasa sepanjang penulisan ini atau realitinya, andai ada yang terguris hati, salah kata, atau sebarang perkara yang tidak menyenangkan anda. maaf.
sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa, seorang hambaNya yang hina dan lemah dan sering melakukan kesilapan. maaf ikhlas dari hati. mohon diampunkan.





buat kakak ku, walau raya kita berjauhan, namun, di hati sentiasa dekat.
salam aidilifitri dari kami di Malaysia.dun huk2, ek. hahah.

p/s first time post sesuatu yang agak personal.huhuhu,

2 comments:

HidayatiHH said...

jah, this entry is soo sweet.. and touching..

i love you sis and may He Give you strength in everything that you do

La hawla wala quwwata illah billah..

Hidayatullah said...

slamt ari rye
maaf zahir batin ye dj

FREE PALESTINE