Thursday, February 10, 2011

ini bukan jalan yang mudah- aku tidak gagal, aku belum berjaya.

salam, semua.

ini kata-kata hatiku. andai kamu tidak mahu membaca, tidak mengapa. ini hanyalah sekadar luahan hati seorang insan kerdil yang baru mula mengenal dunia.

hari ini, aku baru kenal perkataan "air mata", hari ini juga aku baru kenal perkataan, "kegagalan". dua perkataan yang sentiasa beriringan. sudah lama ditinggalkan oleh aku. kononnya sudah belajar dari kesilapan. namun, aku lupa bahawa Dia berjanji bahawa seorang itu tidak akan beriman selagi masih belum diuji.

dan kini, aku diuji. diuji dengan kegagalan. diuji dengan parah sekali, sehingga jatuh tersungkur. aku tidak mampu lagi untuk pandang ke hadapan. tak mampu jua untuk bangun semula. aku fikir inilah jawapan kepada persoalan aku selama ini. adakah aku layak berada di sini?? inilah jawapan kepada kedegilan aku untuk menerima nikmat yang sudah diberi olehNya.

bersyukur!

mengapa begitu sukar untuk dilakukan?? bersyukur dengna kegagalan itu. bukankah Dia pernah berkata bahawa untungnya orang yang beriman apabila diuji dengan sesuatu, dia bersyukur dan apabila diberi nikmat dia juga bersyukur. tetapi kenapa begitu sukar untuk diri ini bersyukur??

kegagalan.

air mata aku tidak henti-henti. jantung juga makin berdegup kencang. bagai terpanar hyperventilation. atau mungkin tachycardia?? argh, sakitnya jantung ini bagai terpukul myocardial infarction. - bukti aku masih sayang jurusan ini.

bangkitlah wahai diri!

mungkin aku akan berdepan dengan seribu satu humiliation. apakan daya, padan muka. siapa suruh tak belajar? ibu ku selalu berkata bukan berapa jam kita belaja yang kita hendak, tetapi sebanyak mana yang kita ingat dan kualiti masa belajar itu yang kita tuju. aku mula tertanya-tanya, di manakah silapku?? cara belajar mungkin?? keikhlasan?? keseriusan??

fokus!

aku harus lebih fokus! jalan yang dipilih ini bukan mudah! serius! mungkin kegagalan ini bakal menjadi titik perubahan hidup ku. harap ambil pengajaran.ingat! Dia tidak pernah membebani hambaNya. aku sendiri yang membebani diri ini. tidak pernah melihat sejauh mana diri ini mampu pergi.

ayuh!

maafkan aku rakan dan taulan. bukan aku ingin pinggirkan kalian, namun seruan jihad ini yang lebih memerlukan perhatian aku. kegagalan ini bukan sesuatu yang mudah. aku perlu berdepan dengannya. bukan lari sejauh mungkin. <------- tidak mungkin akan berlaku selagi mana aku masih berpijak di bumi yang nyata.

maafkan saya, mami, papa, abg, kakak, adik, sy perlu pergi berjuang. menebus kesalahan yang lalu. ini bukan jalan yang mudah.

aku harus bersedia! kegagalan ini harus aku hadapi.

ya Allah, hanya padaMu aku berharap kekuatan untuk menghadapinya. ini bukan jalan yang mudah. ampunilah dosaku ya Allah. redhakan lah hatiku ini untuk menerima kegagalan ini.

ini belum berakhir.

"aku tidak gagal. aku cuma belum berjaya" yosh! takbir! Allahuakhbar.
kuatkan semangat wahai diri. aku masih menyayangimu, wahai diri.

T_T


4 comments:

Leng Chai said...

dont give up.... you can do it.
^^ ingatkan ko da x post lg da

humaira said...

thanks, mau.
ingatkan dah tak de orang bace blog aku.

Leng Chai said...

welcme..
xde orang bace la kalo ko x update. haha

humaira said...

nice one, mau.
tgk la bile2 aku rajin, aku update.
nak buat camne,hidup ni bnyk sangat bende kne buat.tanggungjawab yg lagik berat.
but i will try my best mengupdate.
thanks kerana still bace. hahhaa. ^_^

FREE PALESTINE